NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti selain BN dan PH pengacau undi - Azmin


KLANG, 1 Mei -- Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan parti-parti politik selain BN dan PH yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini tidak lebih daripada hanya sebagai "pengacau undi.".

Menteri Besar Selangor itu yang secara jelas merujuk kepada PAS dengan berkata, parti itu tidak mampu membentuk kerajaan sekalipun menang beberapa kawasan Parlimen dalam PRU14.

"Kita dalam kertas undi mudah saja, ada dua parti yang serius sebenarnya, satu BN dan satu lagi Pakatan Harapan. Kalau ada yang lain masuk jangan bimbang, itu pengacau sahaja, dia nak kacau sahaja," katanya ketika berucap pada ceramah PH di Bukit Kapar di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, berkata PH bersedia menghadapi pertandingan berbilang penjuru dalam PRU14 kali ini.

Pada PRU ke-13, Mohamed Azmin menang kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi menewaskan calon BN dan Bebas, manakala bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa pula, beliau menumpaskan calon BN dengan kelebihan 4,044 undi.-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo