PARLIMEN KUALA NERUS MILIK PAS?

Pertemuan tiga penjuru di antara Parti Islam Semalaysia (PAS), Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah satu demokrasi yang sihat dan sudah sampai masanya Malaysia melihat ‘rencam’ pilihan raya seumpama ini.

Ahli Jawatan kuasa Kerja PAS, Ustaz Dato’ Dr khairuddin Aman Razali berkata, ini bererti rakyat mempunyai pilihan yang banyak untuk menentukan kuasa pemerintahan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei nanti.

“Berdasarkan kajian strategi pertandingan tiga penjuru di seluruh Malaysia bukan merugikan PAS tetapi menguntungkan di banyak tempat,

“Cuma spesifik itu dirahsiakan di mana kita mensasarkan PAS berani bertanding bagi parlimen sebanyak 160 kerusi dengan sasaran terkini ‘simple majoriti’ adalah 112 kerusi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penamaan calon di Gelanggang Silat MSNT, Gong Badak pada Sabtu, 28 April.

Katanya, sesiapa yang keluar dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak memberi kesan kepada parti tetapi rakyat yang keluar daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) samada ‘silent protest’ ataupun tidak ianya memberi kesan kepada parti tersebut.

“PAS bekerja daripada awal PRU ke-13 tanpa berhenti sehingga sekarang berkempen secara sihat dengan menggunakan slogan Budaya politik Matang Sejahtera,

“Dan semasa berkempen kita buat secara sederhana kerana gerak kerja sudah lama dibuat cuma kapasiti ditambah sedikit,

“Dan ini bererti kita bukan buat kerja pada saat – akhir pilihan raya turun ke padang bertemu dengan rakyat,

“bila kita turun hari ini orang Terengganu kata untuk ‘bilas’ je la,” ujarnya.

Menurutnya lagi, PAS turun ke padang seperti biasa buat program bertemu dengan rakyat dalam bentuk komunikasi dua hala seperti ceramah di pasar malam, edaran poster dan buku serta ziarah orang sakit untuk kita gandakan program PRU ke 14.

“Itulah saya rasa kejayaan PAS membudayakan politik matang sejahtera sehingga parti lain terpaksa ikut rentak kami bermakna bila tidak ada yang mula jadi tidak ada yang buat,

“Alhamdulillah hari ini kita lihat keadaan terkawal, suasana yang cantik dan indah,

“Serta kita juga mengajar slogan yang menarik dan tidak terlalu mengecam rakan saingan tetapi kita tampilkan apa yang dimahukan,”jelas beliau lagi.


PUSAT KHIDMAT PARLIMEN KUALA NERUS

"Moga Allah berkati Kuala Nerus"

#SejahterabersamaIslam
#UP
#OrangKitaAwokKite
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget