NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakistan pecah rekod bulan April catat suhu 50°c


Bandar Nawabshah yang terletak di selatan Pakistan telah memecahkan rekod suhu dunia bagi bulan April, apabila suhu mencecah lebih 50.2°c pada hari Isnin.

"Kami bimbang suhu ekstrem bermula terlalu awal, dan merancang untik berhijrah ke bandar lain jika situasi ini berterusan, " kata seorang penduduk, Ismail Domki.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Ghulam Rasool berkata, "Kami telah meramalkan cuaca melampau di daerah Sindh, tetapi tidak menjangka untuk memecah rekod bulan April."

Sekurang-kurangnya terdapat 24 kes strok haba yang dilaporkan pada 30 April dan lima daripadanya kes yang lebih serius.

Laporan akhbar Dawn menyatakan bahawa suhu melampau itu menyebabkan orang ramai terpaksa kekal di dalam rumah sepanjang hari. Jalan raya dan pasar kelihatan lengang serta aktiviti perniagaan terpaksa terhenti. Buruh dan penunggang motorsikal merupakan mereka yang terjejas teruk dengan strok haba.

Musim panas di sekitar Timur Tengah dan selatan Asia baru-baru ini telah mencatatkan suhu lebih 50°c, menyebabkan jalan raya cair dan beban terhadap infrastruktur kuasa.

Tahun lalu, Pakistan telah disenaraikan di antara sepuluh negara yang terdedah kepada perubahan cuaca. Pada tahun 2015, gelombang panas melampau di bandar Karachi telah menyebabkan 1200 kematian dan 40,000 lagi menderita strok haba.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo