NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan Terdesak Guna Nik Omar

0

SUNGAI BULOH - Pas menyifatkan Pakatan Harapan (Harapan) semakin terdesak apabila terpaksa menggunakan anak bekas Mursyidul Amnya, Nik Omar Nik Abdul Aziz untuk bertanding di Dun Chempaka dalam PRU14 ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, namun begitu, Pas tidak terjejas dengan perkembangan ini memandangkan ahli-ahli membuat penilaian berlandaskan dasar serta matlamat parti dan bukannya atas aspek kekuatan individu.


“Dulu ada di antara pemimpin kita yang keluar parti, namun Pas makin maju kerana ahli-ahli tak ikut pemimpin yang keluar parti.

“Pas tak mati malah kami terus bangkit,” katanya pada sidang media selepas makan tengah hari di Sungai Buloh, hari ini.

Sebelum ini, Nik Omar membuat kejutan apabila hadir sewaktu hari penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding atas tiket Harapan dalam PRU14 ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut melaungkan keyakinan bahawa tindakan Nik Omar itu tidak akan menjejaskan undi Pas khususnya di Kelantan pada PRU14 ini.

“Malah kali ini kita lihat ibunya sendiri akan berkempen untuk Pas di sana,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kemampuan Pas di Selangor, Abdul Hadi berkata parti Islam itu dijangka akan memperoleh kemenangan besar di negeri itu pada kali ini hasil daripada sokongan pengundi muda.

Beliau berkata, mengikut statistik daripada kajian yang dibuat, pihaknya mendapati bahawa setiap kawasan di negeri ini secara keseluruhannya  mempunyai pengundi muda tidak kurang daripada 30 peratus.

“(Undi orang muda) Ini merupakan undi penentu di kawasan-kawasan yang kita kalah dengan majoriti kecil.

“Dan, dengan undi orang muda ini, Insya-ALLAH kita boleh menang,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/harapan-terdesak-guna-nik-omar-1.829657

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo