NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pahang: ADUN Jelai MB Pahang yang baharu




Yb DSDR Haji Adnan Haji Yaakob & 4 Exco Kanan Di Gugur

1. Ds Shafik Fauzan
2. Ds Soffi
3. Ds Shahiriddin
4. Ds Abu Bakar Harun



Ahli Mmk Pahang :

YAB Mb Pahang Ds Wan Rosdy Dun Jelai
Exco 1 Ds Mohd Sharkar Dun Lanchang
Exco 2 Ds Shahaniza Dun Kuala Sentul
Exco 3 Ds Syed Ibrahim Dun Kerdau
Exco 4 Ds Norol Azali Dun Guai
Exco 5 Ds Johari Dun Tioman
Exco 6 Dato' Nazri Ngah Dun P. Tawar
Exco 7 Encik Abdul Rahim Muda Dun Lepar
Exco 8 Dato' Fakharuddin Ariff Dun Bebar



PEKAN: Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri itu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal.

Barisan Nasional (BN) sebelum ini memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 35 pada 2013.

Turut berkenan hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo