NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO minta pengundi tolak calon tidak perjuangkan Islam


KUALA LUMPUR 7 Mei - Lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGOI) meminta rakyat beragama Islam menolak calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dilihat mampu menggugat kedudukan agama itu sebagai Agama Persekutuan.

Pengarah Himpunan NGO/NGOI, Mohd. Zai Mustafa berkata, menjadi tanggungjawab pengundi untuk memilih calon yang memiliki kaliber terhadap masa depan dan kemajuan generasi anak cucu bangsa Melayu.

"Himpunan ini diadakan secara besar-besaran ekoran wujudnya pihak yang memandang ringan berkaitan Islam sebagai Agama Persekutuan, malah mereka juga ingin menafikan hak-hak Islam dan melayu di negara ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau terdahulu menjayakan enam Deklarasi Kesatuan Ummah Putrajaya antaranya bersetuju semua NGO Islam dan Melayu bersungguh-sungguh mempertahan dan memperkasakan kedaulatan Islam di Malaysia sebagai agama Persekutuan serta bersetuju memperkasakan umat Islam dan bangsa Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi, budaya dan teknologi. - UTUSAN ONLINE 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo