NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasib Suharto Akan Menimpa Najib

0
hilang keyakinan kepada Najib menjadi luka tidak sahaja kepadanya tetapi turut mencedera parahkan Umno 

Nasib Suharto Akan Menimpa Najib


Dua era perdana menteri Umno yang tidak popular di kalangan rakyat khususnya orang Melayu. Pertama era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan kedua era Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak.

Tunku disayangi rakyat sebagai bapa kemerdekaan yang mengasaskan dasar kemajuan dan kemakmuran negara yang tercapai dalam masa yang singkat sehingga beliau mengisytiharkan dirinya sebagai PM yang paling gembira di dunia pada tahun 1959.

Namun 10 tahun kemudiannya rakyat terutama orang Melayu mulai resah dengan kepimpinannya yang keterlaluan bertolak ansur kepada MCA dan orang China dengan bersikap "tidak apa" terhadap desakan bangsa Melayu.

Walaupun orang Melayu hilang keyakinan kepada Tunku tetapi tidak hilang keyakinan kepada Umno kerana mempunyai ramai barisan pelapis yang berkredebiliti tinggi. Bila Tunku berundur secara terhormat, orang Melayu memberikan keyakinan kepada Tun Abdul Razak Hussein.



Beliau dengan pantas mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada kerajaan dan juga memantapkan perpaduan kaum yang lebih besar di bawah BN.

Bagaimanapun hilang keyakinan kepada Najib menjadi luka tidak sahaja kepadanya tetapi turut mencedera parahkan Umno pada keseluruhannya.

Ini kerana beliau tidak mahu berundur secara terhormat seperti Tunku walaupun lukanya telah menjadi cabuk busuk kerana terdedah dari dalam.


Sumber:

https://www.malaysiakini.com/news/423486

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo