Najib tiba di ibu Pejabat SPRM



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.43 pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau hadir dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire menggunakan nombor pendaftaran QMN11.

Najib dilihat berpakaian kemeja biru muda dan mengenakan kot berwarna biru serta berseluar slack biru

Bekas Perdana Menteri itu turut diiringi dua buah kenderaan lain termasuk dua anggota polis pengiring.

Tinjauan di lobi pekarangan Ibu Pejabat SPRM mendapati lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi berita tempatan dan asing mula berkumpul sejak jam 7 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, turut kelihatan kira-kira 50 penyokong Najib yang berkumpul di luar bangunan SPRM bagi memberi sokongan terhadap beliau.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428602/najib-tiba-di-ibu-pejabat-sprm
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget