NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib Pohon Maaf

0
maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan dan saya berterima kasih kepada rakyat kerana memberi peluang untuk me­mimpin negara kita


'Saya mohon maaf'



KUALA LUMPUR 12 Mei –Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan pasukannya dalam Barisan Nasional (BN) menghormati kehendak rakyat, sekali gus memberikan jaminan bahawa peralihan kuasa akan berjalan lancar.

Pengerusi BN itu berkata, beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara serta rakyat sebagai keutamaan dan berhasrat untuk terus berkhid­mat kepada masyarakat negara ini dalam apa jua kapasiti yang diperoleh.


Beliau pada masa sama memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan serta berterima kasih kepada rakyat keseluruhannya kerana memberi peluang untuk beliau memimpin negara yang hebat ini.

“Saya berdoa agar selepas tempoh ‘perpecahan’ ini, negara akan bersatu semula. Saya memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan dan saya berterima kasih kepada rakyat kerana memberi peluang untuk me­mimpin negara kita.

“Telah menjadi peng­hormatan seumur hidup saya berkhidmat untuk anda dan Malaysia,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut memberitahu, beliau akan berehat seketika untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Menurut beliau, sepanjang tempoh lebih empat dekad terlibat dalam politik, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menyaksikan keadaan paling sengit dalam sejarah negara dan keputusan yang amat menyedihkan ba­ginya.


Sumber:
 http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-mohon-maaf-

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo