NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kecam pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitul Maqdis


Umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitul Maqdis dengan segala pengorbanan.

Oleh: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Bertarikh: 29 Syaaban 1439 / 15 Mei 2018


Tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin, ketika negara umat Islam mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang mencetuskan perbezaan mazhab dan kaum bagi memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan mengalihkan tumpuan daripada memperjuangkan pembebasan Palestin.

PAS bersama seluruh umat Islam memikul tanggungjawab berat untuk mempertahankan Baitul Maqdis dan membela nasib rakyat Palestin.

PAS berharap pimpinan negara umat Islam tidak bersikap dingin dan pengecut dalam menghadapi tindakan Israel dan Amerika Syarikat yang tidak menghormati hak penduduk Palestin dan membunuh mereka tanpa perikemanusiaan.

Umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitul Maqdis dengan segala pengorbanan.

Kita mendoakan supaya Allah menetapkan pendirian rakyat Palestin dan tidak akan menyerah kalah walaupun sikap negara Arab mengecewakan.


ABDUL HADI AWANG adalah Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden PAS


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo