Mukhriz 'pening' fikir calon Speaker DUN Kedah




Isu ini sememangnya kritikal kerana ia membabitkan pemilihan Speaker kerana (Speaker) jadi undi penentu bagi kelulusan sesuatu rang undang-undang.Jika calon Speaker yang kita calonkan ditolak pembangkang, begitu juga sebaliknya, maka dalam keadaan terpaksa, kena buat Pilihan Raya Negeri.


Oleh Adie Suri Zulkefli dan Embun Majid dan Suzalina Halid

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap Barisan Nasional (BN) dan PAS Kedah tidak membantah calon bagi mengisi jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikemukakan kerajaan Kedah bagi mengelakkan krisis pentadbiran hingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mukhriz berkata, timbul sedikit kesulitan berhubung pelantikan jawatan Speaker di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berikutan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri memperoleh 18 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), menyamai jumlah 18 kerusi yang dimiliki PAS dan BN iaitu masing-masing 15 dan tiga kerusi.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pembangkang membabitkan pelantikan Speaker kerana jawatan itu memainkan peranan penting sebagai pengundi penentu dalam meluluskan dasar kerajaan dalam sidang DUN.

"Isu ini sememangnya kritikal kerana ia membabitkan pemilihan Speaker kerana (Speaker) jadi undi penentu bagi kelulusan sesuatu rang undang-undang.

"Jika calon Speaker yang kita calonkan ditolak pembangkang, begitu juga sebaliknya, maka dalam keadaan terpaksa, kena buat Pilihan Raya Negeri.

"Namun dalam masa sekarang, saya fikir tiada seorangpun yang mahukan adanya PRN, jadi saya mohon pertimbangan pembangkang untuk merestui calon Speaker yang dicadangkan supaya kerja pentadbiran berjalan lancar, " katanya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah di Istana Anak Bukit, di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazudin Ariff Sultan Sallehuddin.

Pada PRU-14 lalu, PH melalui empat parti komponennya iaitu PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP memperoleh 18 kerusi daripada keseluruhan 36 DUN yang dipertandingkan, manakala PAS (15) dan tiga kerusi milik Barisan Nasional (BN).

Difahamkan, melalui nama yang dicadangkan kerajaan negeri sebelum ini, Speaker adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim, manakala calon Timbalan Speaker ialah ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat.

Mukhriz mengakui terpaksa menolak cadangan daripada PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kerana ia boleh menghilangkan fungsi semak dan imbang yang wujud diantara kerajaan dan pembangkang.

"Tak ada perbincangan secara khsusus tapi PAS ada cadangkan tetapi kita tolak kerana walaupun kerusi berbelah bahagi tapi kalau ada istilah kerajaan perpaduan antara PH dan PAS, maka ia tak ada semak dan imbang yang sepatutnya.

"Kalau kita wujudkan kerajaan perpaduan bersama PAS, parti itu akan mendominasi kerajaan manakala pembangkang hanya ada tiga sahaja tiga ADUN dari BN, " katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget