NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Misteri Jumlah Penonton Facebook Live Video Yang Tinggi

0

terdesak untuk meraih populariti dorong calon beli penonton untuk siaran FB Live
(gambar dari NST)

Poser raised over PPBM's FB Live viewership numbers

KUALA LUMPUR: Ekoran pendedahan bahawa terdapat parti tertentu yang 'membeli penonton' untuk memanipulasi Facebook Live sewaktu ceramah mereka, seorang pemimpin sebuah parti telah disyaki menggunakan taktik sedemikian.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding kerusi Parlimen Muar, telah disyaki 'membeli penonton' untuk sesi ceramah di kawasan berkenaan.

Pemerhatian telah dilakukan terhadap empat Facebook Page iaitu Syed Saddiq’s official page, Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad; ShowKit and Kelab Che Det  mendapati jumlah penonton bagi kesemuanya masing-masing sebanyak 15,000 pada waktu yang sama.

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Fello Kajian Saraf Maklumat dan Media UITM berkata adalah mustahil untuk mendapatkan jumlah penonton yang sama bagi platform yang berbeza, yang mana ini mungkin diakibatkan oleh penggunaan teknik pemasaran dan pengiklanan digital.

Manipulasi Jumlah Penonton Live: http://www.1media.my/2018/05/bolehkah-jumlah-penonton-fb-live.html

Parti politik dikesan 'beli penonton': http://www.1media.my/2018/05/parti-politik-dikesan-beli-penonton.html

Walaubagaimanapun, beliau menasihatkan bahawa sebagai pemimpin politik, mereka perlulah bersih terutamanya dalam hal yang melibatkan etika.

Beliau memberi komentar berkenaan apabila timbul spekulasi bahawa ada parti tertentu yang menggunakan taktik 'membeli penonton' untuk memberikan ilusi bahawa siaran video itu mendapat sambutan penonton lalu mewujudkan 'winning psyche' (menang psikologi) di kalangan pengikutnya.

Sumber:
https://www.nst.com.my/news/politics/2018/05/367003/poser-raised-over-ppbms-fb-live-viewership-numbers

Berapakah kos 'membeli penonton'?

Tinjauan kami di media sosial menemui laman http://www.sharefans.com/facebook-live-stream-views yang menawarkan harga seperti tertera di gambar.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo