NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Membongkar Propaganda Pakatan Harapan Terhadap PAS

1
Berbagai tuduhan dilemparkan oleh PH ke atas PAS. Apa muslihat PH sebenarnya?

MENJAWAB TULISAN PROPAGANDA PH

❄❄❄❄❄❄❄

SEBENARNYA PH TONGKAT BN


Tersebar satu tulisan propaganda tentang kenapa PAS meletak dan tidak meletak calon di beberapa kerusi campuran. Tujuannya adalah untuk mengaitkan konon terdapat strategi terselindung antara PAS dan Umno.

✳PAS LETAK CALON DI KERUSI BUKAN MELAYU


Disebutkan kononnya PAS meletakkan di kerusi bukan majoriti melayu seperti Bayan Baru (39%), Sungai Siput (34%), Teluk Intan (41%), Bentong (47%), Klang (33%) bertujuan untuk pecahkan undi melayu dikalangan pembangkang.

1. BLUE OCEAN STRATEGY


Banyak fakta yang disembunyikan sebenarnya. Pertama, kerusi-kerusi tersebut sebelum ini ditandingi oleh bukan melayu. Peratus keluar mengundi di kalangan melayu adalah sangat minima. Lalu PAS meletakkan calon melayu di kawasan terbabit.

Strateginya, jika BN dan PH berebutkan undi bukan melayu, PAS fokuskan kepada undi melayu. Secara tidak langsung, PAS sebenarnya membantu meningkatkan keutuhan demokrasi negara dengan menggalakkan orang melayu turun mengundi.

2. TIDAK GANGGU PENGUNDI PH


Kedua, PH bergantung harap kepada undi bukan melayu. Undi melayu kepada PH adalah sangat minima. Teras undi PAS pula adalah melayu. Maka tidak ada sebab mengatakan PAS adalah pemecah undi kerana kedua parti ini berada pada pool of voters yang berbeza.

3. LEBIH TIGA PENJURU


Ketiga, tempat-tempat tersebut sebenarnya bukan hanya pertembungan antara PAS, BN dan PH tetapi turut melibatkan penjuru lain seperti PSM, PRM, MU dan Bebas. Di Bayan Baru, Sungai Siput, Klang berlaku empat penjuru. Ada kawasan sampai 6 dan 7 penjuru.

Di kalangan parti lain yang bertanding itu, kesemuanya diwakili bukan melayu. Mereka lebih berpotensi untuk memecahkan undi PH. Maka bukan PAS sebenarnya yang memecah undi.

✳PAS TIDAK LETAK CALON DI KERUSI MELAYU


Tulisan tersebut turut menyatakan PAS tidak meletakkan calon di kerusi majoriti melayu seperti di Sembrong (61%), Pengerang (90%), dan Johor Bahru (53%) bertujuan untuk memberikan Umno menang selesa di sana.

1. FAKTOR JENTERA


Fakta yang perlu diketahui adalah, PAS sebelum ini tidak pernah meletakkan calon di kawasan terbabit. Jentera PAS di kawasan terbabit juga minima. Potensi PAS untuk menang di sana tipis. Maka PAS realistik untuk tidak bertanding di sana. PAS fokus kepada kerusi-kerusi yang lebih berpotensi.

2. PH JUGA MAHU DUA PENJURU


PH juga yang mahu supaya berlaku pertembungan dua penjuru. Sepatutnya mereka bergembira dengan keputusan, bukan terus menyalahkan PAS seperti sikap mereka di DUN Rantau, Negeri Sembilan. Apabila calon mereka tidak layak bertanding, terus salahkan PAS kerana tidak meletakkan calon. Sebelum ini mati-matian kempen dia penjuru. Jelas angkara merekalah BN menang percuma.

✳KENAPA PULA PH BERTANDING KE KELANTAN?


Sekarang mereka perlu jawab soalan berikut. Sekiranya benar matlamat mereka mahu jatuhkan BN, apa perlu mereka bertanding di Kelantan? Bukankah BN sudah jatuh di sana? Bukankah tindakan mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi peluang kepada BN untuk menang?

Siapa sebenarnya tongkat BN?


20 Syaaban 1439
7 Mei 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

šŸ“±Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
šŸ“±Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
šŸ“±Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSSiasah

Sumber:
https://www.facebook.com/alangshukrimun/posts/1708762899205107
( Hide )
  1. Kalaupun PAS tak boleh menang besar tapi dia akan jadi dara pingitan yang kemaruk sipinang orang. Pastinya mereka kena ikut syarat PAS dan ia akan menjadi Party yang punya hargadiri. Selamat mengundi

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo