NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memali : Penghinaan Mahathir Melampau – PAS





PAS menyelar tindakan biadab Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kematian 14 individu yang terkorban dalam tragedi Memali sebagai 'mati katak', bukannya syahid sebagai penghinaan melampau kepada mangsa, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun tragedi berkenaan sudah 32 tahun berlalu, Mahathir terus membuat penghinaan terhadap mangsa.

Sambil mempersoalkan tindakan Mahathir, Tuan Ibrahim berkata sedangkan Sultan Kedah sendiri turut menziarah kubur mangsa tragedi.

"Jika mangsa Memali itu dikatakan mati katak, adalah tindakan Sultan Kedah ketika itu disifatkan tidak betul?

"Tun Dr Mahathir dan pakatan pembangkang kini sudah terdesak sehingga membangkitkan isu puluhan tahun lalu.

"Bagi PAS, tuduhan Tun Mahathir melampaui tatasusila umat Islam dan Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS, di Kota Bharu, pada Jumaat.

Mahathir ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Calon PKR P121 Lembah Pantai di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur, malam tadi, dilaporkan berkata 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali sebagai 'mati katak', bukan mati syahid.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981 yang menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo