NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melaka: Struktur semula Bahagian Promosi Pelancongan


Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@nstp.com.my


MELAKA: Kerajaan negeri akan memastikan tiada lagi amalan pembaziran dalam memacu pembangunan pelancongan di negeri itu sebaliknya mahu pendapatan pelancongan digunakan sebaik mungkin.

EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Muhammad Jailani Khamis berkata, untuk itu pihaknya akan memberi perhatian serius termasuk memanfaatkan sumber pendapatan pelancongan negeri bagi tujuan memperkasakan Bahagian Promosi Pelancongan Melaka.

"Melalui mesyuarat pelancongan negeri semalam, saya dapati rekod perbelanjaan kerajaan negeri terdahulu tidak diterjemahkan kepada tujuan memperkasakan pelancongan negeri.

"Sebab itu selepas ini tiada lagi amalan bermewah-mewah sebaliknya pendapatan pelancongan digunakan untuk membaiki infrastruktur pelancongan dan menstruktur semula Bahagian Promosi Pelancongan Melaka," katanya kepada hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Jailani berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan wakil penjaja di Jonker Walk, di sini bagi mencari penyelesaian berhubung isu kadar bayaran dikenakan orang tengah untuk tapak perniagaan di kawasan pelancongan terkemuka itu.

"Saya difahamkan, kira-kira 500 penjaja di Jonker Walk membayar kadar sewa berbeza-beza di tapak perniagaan pada setiap hujung minggu.

"Kita dapati, ada orang tengah yang mengenakan kadar sewa yang jauh dari kadar sebenar.

"Sebab itu, kita mahukan situasi menang-menang yang akhirnya memberi manfaat kepada peniaga yang menjalankan perniagaan selain memastikan kebersihan diutamakan di pusat pelancongan itu," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo