NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Sabu Tidak Komen Tuduhan Skandal Terhadapnya

0


KOTA BHARU - “No komen, tanya peguam saya..” itu jawapan ringkas Presiden Amanah, Mat Sabu apabila diminta menjelaskan mengenai isu gambarnya berpelukan bersama seorang wanita dalam sebuah kereta yang mula ditularkan hari ini.

Mat Sabu meluangkan masa hampir sejam di Paya Lada bagi menyampaikan ceramah dikawasan tersebut.


Sebelum ini, seorang pemuda, Rizal Bakar yang mendakwa daripada parti Amanah menjelaskan bahan bukti tersebut sampai kepada beliau dan meminta Mat Sabu menjelaskan perkara tersebut memandangkan pemimpin itu adalah idola semua penyokong parti itu.

Tular berkenaan adalah melibatkan gambar ‘screenshot’ mesej melalui aplikasi WhatsApps yang menunjukkan komunikasi antara seorang wanita dengan lelaki yang dikatakan ‘Mat Sabu’.

Selain itu, turut tular, video percakapan yang juga didakwa melibatkan bekas kepimpinan tertinggi Pas itu dengan wanita yang mungkin orang yang sama.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/no-komen-mat-sabu-1.829870

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo