NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manifesto Harapan idea DAP?


KUALA LUMPUR - Bekas pengasas Bersatu, Kamarul Zaman Habibul Rahman mendakwa Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) yang dilancarkan 8 Mac lalu merupakan idea DAP.

Kamarul Zaman berkata, beliau mempunyai bukti sebuah dokumen yang dirangka oleh DAP dan mempunyai persamaan dengan manifesto rasmi Harapan.

“Apabila saya dapat dokumen ini, manifestonya sama saja dengan dikeluarkan Harapan. Apabila saya teliti ada persamaan ketara, hingga saya tertanya-tanya adakah manifesto Harapan ini manifesto DAP?

“Ia membawa kepada satu rumusan iaitu Manifesto Harapan bukan daripada perbincangan teliti dan ambil pandangan parti komponen Harapan. Sebaliknya ia satu dokumen lengkap yang telah disiapkan DAP,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kamarul Zaman turut mempersoalkan peranan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menyediakan Manifesto Harapan.

“Apabila saya tengok video, Tun Mahathir seolah-olah tak tahu mengenai manifesto dikeluarkan Harapan. Beliau teragak-agak nak cakap perkara penting dalam manifesto.

“Contohnya seperti sama ada cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan atau diteruskan. Jadi ini bukti bahawa Tun Mahathir telah diperalatkan untuk kepentingan DAP,” katanya.

Beliau juga mendakwa perkara ini membuktikan DAP mempunyai kuasa paling besar dalam Harapan.

“Manifesto DAP ini bukti kukuh bahawa DAP adalah 'king maker' dalam Harapan. Apa yang ditakuti adalah satu kebenaran.

“Orang Melayu perlu fikir semula dalam masa beberapa hari ini. Jika apa yang saya cakap ini tidak benar, DAP hendaklah tampil nafikan,” katanya yang akan tampil dengan tiga lagi siri pendedahan selepas ini. - SINAR HARIAN



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo