Layan Najib Dengan Hormat – Daim



Layan Najib dengan hormat. Tidak perlu lakukan serbuan pada waktu malam dan dinihari.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan. Itu undang-undang di negara ini," kata Tun Daim Zainuddin.

Pengerusi Majlis Penasihat Negara itu tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis menyerbu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu malam.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, Najib juga adalah rakyat Malaysia biasa yang perlu diberi layanan yang saksama.

"Layan Najib dengan hormat. Tidak perlu lakukan serbuan pada waktu malam dan dinihari," katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Daim bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain termasuk Nurul Izzah mempersoalkan pasukan polis yang menggeledah rumah Najib pada waktu malam sehingga mengganggu masa berehat mereka sekeluarga terutama ketika menyambut malam pertama ramadhan.

Dalam perkembangan lain, Daim berkata, beliau tidak pernah didakwa di mahkamah apatah lagi dibuktikan bersalah ke atas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Katanya, meskipun pernah disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tiada satu pun daripada tuduhan tersebut berjaya di bawa ke mahkamah.

"Orang ramai tak tahu ini tetapi setiap kali mereka membuat laporan terhadap saya, saya telah disiasat sama ada oleh polis atau SPRM.

"Semua telah datang dan menyiasat saya tidak kiralah pada zaman (Tun Dr.) Mahathir, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan zaman Najib tetapi saya tidak pernah didakwa di mahkamah," katanya lagi.

Tambah Daim, setakat ini beliau hanya disiasat dan diminta memberi keterangan kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal kehilangan wang asing Bank Negara Malaysia.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan komitmen dan ketelusan Daim terutama apabila didakwa gagal "menjelaskan beberapa isu besar" ketika masih menjawat jawatan Menteri Kewangan. - Wartawan Watan-Online
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget