Lancar Roket Ke Sisi Gelap Bulan

meneroka sisi gelap bulan yang tidak dapat dilihat.


Lancar Roket Ke Sisi Gelap Bulan

BEIJING - CHINA . China hari ini melancarkan satelit geganti untuk mewujudkan hubungan komunikasi antara bumi dan kenderaan robotik, Chang'e-4 yang akan meneroka sisi gelap bulan yang tidak dapat dilihat.

Menurut Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA), satelit digelar Queqiao itu dibawa roket Long March-4C yang dilancarkan pada jam 5.28 pagi (waktu tempatan) dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang.


Kira-kira 25 minit selepas pelancaran itu, satelit terbabit kemudiannya berpisah dari roket tersebut dan memasuki orbit pemindahan bumi-bulan dengan perigee 200 kilometer (km) dan apogi atau puncak 400,000 km.

Queqiao dijangka memasuki orbit halo terletak kira-kira 450,000 km dari bumi, sekali gus menjadi satelit komunikasi pertama beroperasi di orbit tersebut. 

Saintis dan jurutera China berharap satelit itu akan membentuk jambatan komunikasi di antara pengawal bumi dan bahagian jauh bulan selepas Chang'e-4 dijangka mendarat akhir tahun ini.

Difahamkan, dua satelit mikro turut dilancarkan di bawah misi untuk mengkaji astronomi. - Reuters

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/global/china-lancar-satelit-teroka-sisi-gelap-bulan-1.836983
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget