NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kubur Memali Masih Wangi Walaupun Selepas 20 Hari



Kenangan semasa menziarahi makam arwah As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya masih segar di ingatan saya. Peristiwa itu berlaku lebih kurang 20 hari selepas pengebumian, as syahid dan sahabat-sahabat beliau yang bersama-sama syuhada' dalam peristiwa Memali.

Saya pergi bersama tiga lagi rakan, menaiki kereta Honda Civic saya, berwarna biru. Ketiga-tiga mereka adalah pensyarah universiti dan masih lagi hidup sekarang ini.

Bau perkuburannya sangat wangi, seperti wanginya Hajarul Aswad; daripada jauh lagi, lebih kurang 15 meter, telah terbau kewangiannya.

Masa itu saya baru sahaja balik daripada UK, dan transit ke Madinatul Munawwarah dan Makkatul Mukarramah untuk melaksanakan ziarah dan umrah. Tidak ramai yang melakukan ibadat umrah di masa itu, Hajarul Aswad boleh dikucup bila-bila masa.

Amat sukar hendak ke sana, semua jalan-jalan besar ditutup. Saya terpaksa menggunakan jalan-jalan kampung.

Saya tanya yang menjaga tanah perkuburan tersebut pada masa itu, adakah beliau meletakkan minyak wangi, jawabnya tidak, tidak ada apa-apa wangian yang diletakkan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, subhanallah.

Profesor Dr Anuar Hj Ahmad.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo