NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid Ibrahim Bidas Ramalan Invoke HARAPAN menang tipis, PAS kalah teruk

1
Nampaknya kumpulan-kumpulan ini bukannya mahu berkongsi penemuan yang boleh memberi manfaat kepada pengundi tetapi mereka lebih berminat melakukan propaganda

Khalid Ibrahim Bidas Ramalan Invoke HARAPAN menang tipis, PAS kalah teruk

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI), membidas ramalan INVOKE berkenaan HARAPAN menang tipis dan PAS kalah teruk dalam PRU14.

Berikut adalah pandangan TSKI apabila diminta memberi komen terhadap ramalan INVOKE:

"Saya nampak banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak tetapi semuanya nampak "bias" atau berkepentingan kepada sesuatu parti politik. Nampaknya kumpulan-kumpulan ini bukannya mahu berkongsi penemuan yang boleh memberi manfaat kepada pengundi tetapi mereka lebih berminat melakukan propaganda untuk mempengaruhi pengundi seterusnya memenangkan parti politik yang mereka sokong. Saya seru kepada pengundi2 agar buatlah keputusan dengan waras dan matang.  Pilihlah pemimpin yang amanah, bersih dan telus."

TSKI adalah seorang tokoh korporat dan juga politik yang memberi sokongan terhadap konsep Kerajaan Teknokrat yang dibawa oleh PAS untuk dilaksanakan sekiranya memenangi PRU14.

Sumber: Kiriman Pembaca.

Tan Sri Khalid Ibrahim bersedia untuk memberikan khidmat sekiranya PAS berjaya menerajui Kerajaan Malaysia.

Tonton Video TSKI tentang Kerajaan Teknokrat: https://www.facebook.com/JProDPPM/videos/1994157647566730/



Baca tentang Kerajaan Teknokrat: https://www.1media.my/2018/05/pas-menawarkan-solusi-kerajaan.html




( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo