Khairy: Jamin Pekerjaan Dalam Tempoh 6 Bulan


Menuju Malaysia Yang Menjamin Pekerjaan dalam 6 Bulan


Ramai orang pernah mengalami keresahan ini - belajar tinggi-tinggi tetapi bagaimana jika akhirnya gagal mendapat kerja?

Mendaftar masuk ke kolej atau universiti. Pergi ke kelas. Mengambil nota daripada kuliah pensyarah. Menyiapkan tugasan pada setiap semester.

Dan akhirnya menamatkan pengajian. Malangnya, segulung ijazah yang tergenggam di tangan gagal memberikan pulangan dalam bentuk pekerjaan.

Sekarang bayangkan untuk seketika, bagaimana perasaannya, apabila masalah ini berjaya diatasi.

Pelajar memulakan pengajian di institusi kemahiran dan universiti setiap semester dengan hati yang tenang. Jauh dalam hati berasa lega kerana pasti akan mendapat kerja sebaik sahaja tamat belajar kelak.

Pekerjaan yang dilakukan juga adalah pekerjaan yang terhormat dan memberikan pendapatan yang lebih daripada mencukupi.

Pada masa sama, kebajikan dan kesejahteraan pekerja dijamin oleh majikan yang menghormati hak-hak pekerja.

Inilah penyelesaian yang cuba ditawarkan oleh Barisan Nasional menerusi Pilihan Raya Umum ke-14.

Ia diperincikan menerusi Jaminan Orang Muda yang dibentangkan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 10 April 2018.



Tawaran ini antara lain menyediakan bakal pelajar untuk menyertai alam pekerjaan dengan memadankan mereka kepada pekerjaan dengan lebih awal.

Ia juga memperkenalkan konsep perantisan untuk yang mahu terus bekerja, menambah kursus jangka pendek serta menghubungkan bakal pelajar dengan pekerjaan dalam sektor keusahawanan sosial dan projek infrastruktur negara.

“Kalau minat pendidikan teknikal dan vokasional, tak perlu tunggu tempat di Institut Kemahiran Belia Negara atau GiatMARA.. Anda boleh terus jalani latihan bootcamp dengan bakal majikan. Kalau nak bekerja lepas sekolah, saya pastikan syarikat dan industri ambil terus kamu bekerja, mengupah kamu dan melatih kamu sebagai perantis.



“Kita akan wujudkan laluan yang terus daripada pendidikan sampailah ke industri.

“Bayangkan sebuah Malaysia yang menyediakan kamu dengan kerja atau latihan dalam enam bulan selepas berdaftar dengan tawaran orang muda,” kata Khairy.

Dengan tema “Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda”, manifesto untuk orang muda ini sebenarnya adalah satu kelangsungan daripada siri-siri kejayaan BN sebelum ini.

Sejak lima tahun dahulu lebih 600,000 orang belia telah mendapat tempat di institusi pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Pada masa sama lebih 2.26 juta pekerjaan telah berjaya dicipta dalam pasaran.



Hasilnya, statistik Jabatan Tenaga Buruh Malaysia sehingga Februari 2018 menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 68.2 peratus.

Bilangan tenaga buruh pula meningkat sebanyak 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sementara, kadar pengangguran negara juga terus menurun kepada 3.3 peratus pada Februari 2018 sewaktu pertumbuhan Malaysia bagi tahun 2018 dijangka rancak pada kadar 5.5 hingga 6 peratus.

Kejayaan ini menyuntik keyakinan kepada Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Najib Razak untuk menawarkan empat juta peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Tiga juta daripadanya dijanjikan sewaktu beliau membentangkan manifesto Bersama BN Hebatkan Negaraku ada 7 April lalu.

“Saya juga suka sebutkan di sini, kepentingan pekerja akan kita jaga kebajikannya melalui peningkatan gaji minimum dari semasa ke semasa, kita sasarkan minimum RM1,500 dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

“Tawaran ini bukanlah tawaran kosong. Kerajaan BN sendiri telah melaksanakannya apabila elaun bulanan peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang telah dilaksanakan sejak 2011 lagi, dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebulan bermula 1 Mac 2018.

“Ada banyak lagi perkara dalam bab pekerja termasuk menambahkan kemahiran latihan, program reskill and upskilling secara besar-besaran yang akan kita lancarkan dalam sedikit masa lagi,” kata Dato’ Seri Najib.



Sementara, satu juta lagi peluang ditawarkan pada 20 April 2018 sewaktu melancarkan program perantisan negara, MyAppprenticeship.

"Selain daripada tiga juta peluang pekerjaan baharu yang akan diwujudkan itu, melalui MyApprenticeship kerajaan bertekad menambah satu juta lagi peluang pekerjaan baharu untuk semua rakyat dan anak-anak Malaysia!

"Ternyata ini sunggu berbeza dengan Manifesto Pakatan Pembangkang yang hanya sekadar menjanjikan satu juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun sama," katanya ketika merasmikan MyApprenticeship di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

BN juga menawarkan lapan jaminan lain.

Ia melibatkan peluang pekerjaan dan latihan, meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda.

Tidak cukup dengan itu, BN turut berjanji untuk menyediakan kehidupan berkualiti, memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Selain daripada membantu mereka yang akan memasuki pasaran kerja, mereka yang sudah pun bekerja dan dikategorikan sebagai pekerja muda turut mendapat perhatian.

Mereka akan dibantu untuk melengkapkan diri dengan kemahiran baru secara dalam talian.

Bagi yang bercita-cita besar dan mahu meningkatkan produktiviti diri, mereka akan menerima bantuan membeli perisian komputer berkaitan kerja.

Pada masa sama juga, syarikat-syarikat juga digalakkan untuk menawarkan aturan kerja fleksibel bagi pekerja muda ini.

Selaku parti yang memohon mandat untuk mentadbir negara selama lima tahun lagi, BN tidak hanya mahu berpuas hati dengan menaikkan gaji minimum dan mencipta sejuta peluang pekerjaan sahaja.

BN telah terbukti berjaya menjamin pekerjaan untuk warganegara ini sejak sekian lama.

Jaminan ini perlu diteruskan selama lima tahun lagi untuk kesenangan generasi sekarang dan akan datang menerusi satu lagi mandat baharu.

Mandat yang dipohon ini adalah demi keamanan, kemakmuran, dan kesejahteraan negara kecil bernama Malaysia.

Bersama Barisan Nasional, hebatkan negara kita Malaysia.


Sumber:
https://www.malaysiakini.com/advertorial/421330
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget