NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kesungguhan Pas menentang rasuah sangat baik dan wajar dicontohi

0
rekod bersih PAS menjadi faktor bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar menyokong perjuangan parti berkenaan.

Zakaria terus usaha perangi rasuah

KUALA NERUS - Rekod bersih tanpa kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990 hingga kini, menjadi faktor bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar menyokong perjuangan parti berkenaan.

Zakaria yang kini Presiden Yayasan Anti Rasuah menjelaskan, beliau sedia bekerjasama dan menyokong usaha mana-mana pihak termasuk Pas yang ingin memerangi rasuah atau salah guna kuasa.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 33 tahun, dua bulan dan 11 hari (sebelum bersara), saya diberi amanah menguatkuasakan undang-undang, tetapi kalau manusia itu tidak berubah, apa-apa yang kita buat tidak akan berkesan.

“Saya lihat sepanjang perkhidmatan selepas bersara, kesungguhan Pas menentang rasuah sangat baik dan wajar dicontohi,” katanya di pentas utama Fastaqim 2.0.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/zakaria-terus-usaha-perangi-rasuah-1.737558

TERKINI:

Berikut adalah nasihat Datuk Seri Zakaria Jaffar kepada rakyat Malaysia:

Mengundi merupakan tanggungjawab setiap individu bagi menentukan pemimpin mereka sekurang2nya utk tempoh lima tahun akan datang.Buatlah pemilihan sebaik2nya jangan sampai tersalah pilih.

Sumber:
Kiriman Pembaca.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo