NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PAS dengan BN atau PH bersyarat - Abdul Hadi Awang





Tapi BN atau PH perlu penuhi beberapa syarat.......
KUALA LUMPUR, 17 Syaaban 1439H, Khamis – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah 'sesuatu yang tidak pelik' jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan campuran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, kata beliau BN atau PH perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.

"Memang tidak pelik jika PAS bekerjasama dengan BN atau PH kerana kedua-dua parti berkenaan pernah bekerjasama dengan PAS sebelum ini tetapi perlu mengikut syarat kita," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bersama calon PAS kawasan Parlimen Titiwangsa Mohamad Noor Mohamad, di sini 

"Terpulang kepada BN atau PH untuk bersetuju atau tidak tetapi kami akan kemukakan syaratnya nanti, Kalau kedua-duanya bersetuju, jadi kerajaan campuran tanpa pembangkang. Kalau kedua-duanya tak bersetuju, kita jadi pembangkang pun tak apa " katanya.

Abdul Hadi yang juga calon PAS Parlimen Marang bagaimanapun enggan mendedahkan syarat-syarat itu apabila ditanya pemberita. 

Beliau berkata langkah untuk menjalin kerjasama itu dizahirkan daripada keyakinan PAS untuk memenangi sekurang-kurangnya 60 atau lebih daripada 160 kerusi yang ditandingi parti tersebut dalam PRU14 ini.

"Kami harap untuk dapat 'simple majority' (majoriti mudah). Kalau dapat lebih, lagi bagus, boleh jadi 'kingmaker' (dalang politik) dan pihak lain boleh dengar syarat kami jika ingin jalin kerjasama," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo