NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Lim Kit Siang dan DAP masih mempertahankan Najib? 


Saya menasihatkan YB Lim Kit Siang menutup mulutnya dibulan Ramadhan ini daripada mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi untuk mencetuskan persepsi jahat. Pilihanraya sudah tamat, fokuslah kepada melaksanakan janji manifesto kepada rakyat dan membangunkan negara. 


1. Pagi ini saya terbaca kenyataan dari YB Lim Kit Siang yang menyerang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan tuduhan dan persepsi Presiden PAS masih mempertahankan Dato Seri Najib Razak. 


2. Ianya merujuk kepada berita portal Malaysiakini yang memetik Peguam Wan Zainudin melalui facebook. Wan Zainudin memberikan pandangan peribadi supaya SPRM berlaku adil kepada Dato Seri Najib Razak. Ianya diambil oleh Malaysiakini dan menerbitkan berita "Peguam PAS : Kenyataan KP SPRM perjudis pada Najib."


3. Tindakan KP SPRM menuduh Dato Seri Najib Razak bersalah sedangkan siasatan masih berlangsung tidak tepat dengan konsep "Rule of Law" yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Namun kenyataan itu diambil dan diputarbelit dengan menuduh Presiden PAS mempertahankan Dato Seri Najib Razak. Sedangkan tiada kenyataan dari Presiden PAS seperti itu. 

4. Sekiranya menyatakan perkara benar selaras dengan konsep Rule Of Law itu adalah mempertahankan Dato Seri Najib Razak, bagaimana pula dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Ram Karpal Singh yang mengutarakan pandangan bahawa tindakan KP SPRM boleh menjejaskan siasatan? Adakah ini juga bermaksud YB Lim Kit Siang dan DAP juga mempertahankan Dato Seri Najib Razak?


5. Saya menasihatkan YB Lim Kit Siang menutup mulutnya dibulan Ramadhan ini daripada mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi untuk mencetuskan persepsi jahat. Pilihanraya sudah tamat, fokuslah kepada melaksanakan janji manifesto kepada rakyat dan membangunkan negara. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Pilihanraya DPPM
( Hide )
  1. itle X does not cover abortion services, and the law already prohibits federal funds from covering abortion. Instead what this rule will do is restrict people's ability to access basic preventive care.
    learn more

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo