Kelantan: Gaji MB, EXCO dan lantikan politik dipotong untuk bantu rakyat



"Di sini patut ambo royak (saya nak maklumkan), waktu Tok Guru (Nik Aziz), dia ada royak (maklumkan) sekali, Dia royak (beritahu), "Wakil-wakil rakyat ambo (era TGNA) ni, ambo potong 20%, 20% elaun dia". Kalau (RM elaun YB) 4800.00, boleh berapa sen (pada Adun, RM3480.00 sahaja)? Hari ni pun ambo (saya, UAY) kekalkan. Ambo (UAY) nak royak sekali, Tok Guru pun royak sekali. Ambo kekalkan semua wakil-wakil rakyat 20% ambo potong. MB 20%, TMB 20%, Exco 20% dan lantikan politik 5%. Besar (elaunnya, maka) besarlah potongnya. Inilah dia yang ambo nak baca sekejap lagi sedikit sebanyak pengorbanan para sahabat (Rasulullah saw).

Dalam kita nak mengendalikan parti Islam ini, kita tak minta pitih (wang) dengan orang, kecuali orang kita (ahli PAS) juga derma. Kita sendiri, kita derma untuk urusan pejabat kita. Dan ada daripada wakil rakyat kita sebulan gaji dia tu, sebulan elaun tak ambil satu sen habuk pun ada. Buat apa? Buat pentadbiran di pejabat dia, di peringkat DUN. Termasuk ambo sendiri. Termasuk Datuk Che Loh, termasuk beberapa exco-exco lain. Elaun wakil rakyat tu kita beri khusus dah (untuk dipotong 20%), kita tak ambil dah. Setelah di potong 20%, baki kita buat untuk.. (pentadbiran DUN untuk urusan rakyat).

Ambo nak royak sekali jah. Ni lah kita dalam gerakan Islam, kalau ada sedikit sebanyak itulah yang kita harap dapat menjadi pegangan dan menjadi bekalan kita di hari akhirat".

Catatan Medan Ilmu, Kelantan.
6 November 2015

Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan.

Jumaat, 06 November 2015M/ 24 Muharram 1437H
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget