KOTA BHARU: Projek Lebuh Raya Rakyat di Machang antara projek mega di bawah kerajaan negeri yang diberi keutamaan anggota Exco baru.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Azami Mohd Nor berkaata, selain itu tumpuan diberi terhadap penstrukturan semula industri bekalan air dan pembinaan stadium di Bukit Merbau Pasir Puteh.
Katanya, pertemuan dengan Exco yang bertanggungjawab ke atas Kerjaraya penggal lepas, Dato' Hanifa Ahmad telah diadakan.
"Hasil pertemuan itu membolehkan saya mendapat maklumat secara umum mengenai perkembangan projek tersebut.
"Malah kita akan mendapatkan maklumat lebih terperinci daripada pihak pengurusan Lebuh Raya Rakyat, Baldah Tayyibah.
"Perkara ini masih baru kepada saya kerana tidak pernah terlibat secara langsung sebelum ini," katanya di sini.
Bagaimanapun kata beliau kerajaan negeri yakin bahawa projek yang bermula di Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu dapat disiapkan mengikut jadual. - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Pengasas Urimai P Ramasamy berkata, tugas utama partinya adalah memberikan ‘pengajaran yang menyakitkan kepada kerajaan Madani pimpinan PH’....
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment