NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah: Kalau DUN tergantung, syarat kerjasama dengan PAS mudah je...


PAS Kedah sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima prinsip-prinsip Islamnya jika berlaku situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung di Kedah.


Calon PAS di Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat berkata mereka sentiasa jelas dan konsisten dengan prasyarat untuk sebarang kerjasama itu.

"Kalau nak bersama dengan PAS, (terima) prinsip Islam PAS. Kalau tak mahu, Pakatan Harapan, BN, boleh bersatu dua-dua tubuh kerajaan. Itu prinsip dan dasar yang kita ada.

"Kalau semua setuju terima Islam, alhamdulilah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kota Sarang Semut di Alor Setar hari ini.

PAS dililhat sering memposisikan dirinya sebagai "kingmaker" (penentu) jika BN dan Pakatan Harapan gagal mendapat penguasaan cukup untuk membentuk kerajaan.

Seorang penganalis politik meramalkan DUN Keda akan tergantung selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu depan.

Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani, menjangkakan BN menangi 16 daripada 36 kerusi, diikuti HARAPAN (12) dan PAS (8).

Untuk membentuk kerajaan, parti atau sesebuah gabungan memerlukan 19 kerusi di DUN Kedah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo