NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan biarkan Mahathir sekali lagi lukai hati masyarakat Cina

0

KAMPAR - Tun Dr Mahathir Mohamad telah melukai hati masyarakat Cina sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Di bawah pentadbirannya, beliau berkata  Dr Mahathir telah mencetuskan banyak isu termasuk menggendalakan pendidikan Cina dan melaksanakan operasi menahan lawan-lawan politiknya di seluruh negara menerusi  'Ops Lalang'.


"(Di bawah pentadbirannya) Dr Mahathir telah menimbulkan banyak kesulitan kepada masyarakat Cina* beliau telah melukai hati  masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama persatuan Cina di Kampar hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Kampar  Datuk Lee Chee Leong yang juga naib presiden  MCA vice-president; calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji, Daniel Wa Wai How dan DUN Malim Mawar, Chang Gwo Chyang.

Disebalik dakwaan  DAP untuk 'menyelamatkan' Malaysia, Liow berkata rakyat perlu menyelamatkan negara ini dengan menghalang Dr Mahathir daripada kembali berkuasa.

Sumber:
http://www.kosmo.com.my/negara/jangan-biarkan-mahathir-sekali-lagi-lukai-hati-masyarakat-cina-1.664798

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo