NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: Insentif RM500 Untuk Wanita Hamil


PAS amat menghargai kaum wanita.

Mereka yang hamil akan menanggung pelbagai risiko.

Pengorbanan mereka perlu dihargai.

Di bawah PAS, setiap wanita warga Selangor yang hamil akan diberi insentif RM500.

Ia merupakan sedikit sumbangan bagi mereka yang akan melahirkan anak yang sudah tentu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan.

Ia tidak akan menanggung keseluruhan perbelanjaan mereka tetapi sekurang-kurangnya pengorbanan mereka diiktiraf.

Kos kepada Kerajaan Negeri untuk program ini adalah RM50 juta setahun yang akan melibatkan 105,000 orang penerima.

Dato' Iskandar A. Samad adalah Calon PAS N.21 Pandan Indah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo