NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IDE: HARAPAN Dapat Majoriti Selangor Tapi Bukan Mutlak

0
populariti gabungan itu (Pakatan Harapan) di kalangan responden Melayu, Cina dan India merosot sejak beberapa bulan lalu



PRU14 | Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka dapat mempertahankan Selangor tetapi bukan lagi dengan kelebihan mutlak di dewan undangan negeri, kata sebuah badan pemikir.

Berdasarkan kajian selama sebulan, Institut Darul Ehsan (IDE)mendapat HARAPAN bakal memenangi 32 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Membentangkan dapatan itu Ketua Kluster Penyelidikan IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata BN pula akan memenangi 24 kerusi berbanding 14 yang dimenanginya pada 2013.

Perubahan kerusi BN itu kata Mohammad Redzuan ialah pertambahan sebanyak 71.4 peratus jika dibandingkan pencapaian mereka pada PRU lalu.

Katanya, BN bakal menambah sokongan walaupun populariti gabungan itu di kalangan responden Melayu, Cina dan India merosot sejak beberapa bulan lalu.

Kajian yang dijalankan IDE itu bagaimanapun tidak mengambil kira pengundi awal atau pengundi pos.

Kata Mohammad Redzuan pertambahan sokongan kepada BN itu mungkin disumbangkan oleh faktor pertembungan tiga penjuru atau lebih bagi sesebuah kerusi di Selangor.


Beliau yang juga naib pengerusi IDE berkata faktor lain ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya serta kemungkinan jumlah pengundi yang keluar mengundi rendah disebabkan faktor pembuangan undi pada hari Rabu.

Mengenai nasib PAS, Mohammad Redzuan berkata, parti itu tidak dapat mengatasi HARAPAN dalam jumlah pungutan kerusi.

"PAS akan membantu memberikan sedikit kemenangan kepada BN," katanya di majlis forum Tiga Penjuru: Apakah Pilihan Rakyat di Shah Alam hari ini.

TERKINI: PAS membidas dapatan ini dan menegaskan bahawa ia yakin memenangi majoriti mudah dalam PRU 14. Baca: http://www.1media.my/2018/05/gagasan-sejahtera-pas-yakin-menang.html

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/423089

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo