NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Besar-besaran NGO Islam Akan Tuntut 10 Perkara

0
 
gerakkan tsunami Islam sebagai kumpulan majoriti dalam negara demi untuk mempertahankan kestabilan politik dalam negara

Himpunan Besar-besaran NGO Islam Tuntut 10 Perkara

KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran anjuran sebuah gabungan NGO Islam bernama UMMAH dijadualkan akan diadakan besok 7hb Mei 2018 di Bangi. Mengikut Pengarah Himpunan Ummah, Mohd Zai Mustafa, perhimpunan ini sangat penting dan mustahak diadakan segera bagi menyuarakan hak masyarakat muslim yang merupakan majoriti penduduk Malaysia yang dinamakan sebagai Deklarasi Ummah.

Antara lain Deklarasi Ummah menggariskan berikut:

1. Menyeru Pengundi Islam cakna pada PRU14 dan keluar beramai ramai mengundi pada 9 Mei 2018 ini.

2. Menyeru semua Pengundi Islam hendaklah mengundi calon-calon yang boleh mempertahankan kedaulatan Islam di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

3. Menyeru umat islam untuk membantu menggerakkan tsunami Islam sebagai kumpulan majoriti dalam negara demi untuk mempertahankan kestabilan politik dalam negara.

Seluruh rakyat muslim dijemput hadir beramai-ramai sebagai tanda solidariti.

Satu sidang media bersempena program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 7 Mei 2018 (Isnin)
Masa : 12 tengahari
Tempat : Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hubungi:
fb.me/ummah.official

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo