GST: SOKONG PH ADALAH SOKONG BN.



Oleh: Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh (Pengarah Dokumen Hijau.)

Hari ini masih diratib-ratib oleh PH bahawa sokong PAS adalah sokong BN. Saya tegaskan di sini, sokong PH adalah sokong BN justeru apa yang anda takut pada BN adalah wujud juga pada PH dan tiada beza.

Sebagai contoh: anda anti BN sebab kenakan GST 6%. Yang anda marah sebenarnya ialah kewangan anda terbeban dengan cukai namanya GST sebab anda adalah pembayarnya yang sebenar.

Tetapi jika anda lari daripada GST 6% (dikenakan ke atas 90% barangan kegunaan = RM42b) maka andapun memilih PH yang menggantikan SST 10% (dikenakan ke atas 15% barangan kegunaan = RM17b) maka anda tetap kena bayar juga justeru Mahathir menyebut yang defisit RM26b akan ditampung oleh duti eksais, cukai import dan macam-macam lagi.

Jadi tuntasnya, defisist RM26b itu tetap anda yang akan bayar. Cuma bezanya bila anda membeli barangan harga RM1,000, maka RM60 (6% gst) akan tertera di atas bil. Tetapi bila dikenakan SST ditambah lagi dengan pelbagai kenaikan duti, cukai import dan lain-lain, maka anda perlu membayar RM1100 di mana SST dan cukai-cukai lain tidak diletakkan di dalam bil.

Maka kenaikan dan pertambahan untuk menampung defisit perbelanjaan negara tetap akan dibayar oleh anda sebagai rakyat termiskin dan sederhana, cuma GST seumpama perompak yang jumlahnya yang diambil adalah diketahui manakala SST pula ibarat pencuri justeru jumlah yang diambil kerajaan tidak diketahui dan tidak dapat dilihat. Tetapi GST atau SST, semua rakyat kena bayar tetapi golongan terkaya yang tempat perniagaannya adalah Bursa tetap menjadi pembayar cukai tersedikit disebabkan dividen dan simpanan mereka tak dikenakan cukai dan GST mahupun SST mereka tetap tidak perlu bayar justeru cukai itu akan dihandover (dipindahkan) kepada pengguna atau pembeli.

Jadi, sokong PH atau BN sama sahaja. Anda tetap pembayar setia kepada cukai dan golongan terkaya tetap terlepas.

Yang benar-benar berbeza dengan PH dan BN ialah PAS kerana yang membayar cukai paling banyak ialah golongan terkaya 1% terutamanya pemain-pemain utama di Bursa dan Korporat-korporat justeru formula Haul, manakala golongan miskin dan pengguna adalah sifar cukai bagi menaikkan kuasa beli mereka.

Jadi, sama ada anda undi BN atau PH, anda tetap pembayar cukai sebenar dan golongan terkaya tetap terlepas. Jika anda undi PAS, maka anda sebagai pengguna tidak perlu membayar cukai tetapi keperluan negara ditampung oleh golongan terkaya.

Sekian.

Like dan share:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1919260488104377&id=312456128784829

Rujuk:
https://www.youtube.com/watch?time_continue=9&v=aZKozp0KtE0
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget