NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Sam Pakar Aeroangkasa MB Terengganu yang baru

Alhamdulillah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Darul Iman yang baru pada malam ini, sekaligus menjadi Kerajaan Negeri kedua selepas Kelantan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.


Barisan Exco Kerajaan Terengganu Darul Iman:

1. YB Haji Ustaz Saiful Bahri Mamat
2. YB Dr Haji Alias Razak
3. YB Ustaz Md Noor Hamzah
4. YB Dr Azman Ibrahim
5. YB Dato’ Haji Tengku Hassan Tengku Omar
6. YB Ustaz Ariffin Deraman
7. YB Haji Hanafiah Mat
8. YB Haji Wan Sukairi Wan Abdullah
9. YB Dr Haji Mamad Puteh
10. YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman

Senator: Datuk Hussein
Speaker: Haji Yahaya

PAS Terengganu berjaya memerintah Terengganu selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam PRU14. Bagi kerusi Parlimen, PAS berjaya memenangi 6 daripada 8 kerusi yang dipertandingkan, manakala 2 kerusi menjadi milik BN.

Berikut merupakan Biodata YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu 2018:




YAB DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
ADUN RU RENDANG
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA PAS PUSAT

Tarikh Lahir: 16 November 1970
Umur: 48 Tahun
Asal: Jerteh, Besut, Terengganu
Isteri: Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman

PENGAJIAN TINGGI

- PhD (Aeroengine Ignition and Combustion, High Altitude Engine Failure), School of Mechanical Engineering, University of Leeds, UK (2001).

- Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies, University of Leeds, UK (1996).

- B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (1993).

PENGALAMAN DALAM KERJAYA



1. Professor in Practice, Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL).

2. Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008.

3. Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2001-2006.

4. Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008.

5. Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM, 1994-1995.

6. Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products, 1993-1994.

7. Bidang Kepakaran: Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa.

KHIDMAT KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN

1. Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 di TV1, TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM.fm.

2. Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi): Feb 2007-Jan 2009.

3. Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009.

4. Ketua Delegasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency).

5. Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA)
International Conference, Washington, 2006.



PENCAPAIAN

1. Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005.

2. Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation, Research & NewTechnologies, Brussels, 2005.

3.Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation, Research & New Technologies, Brussels, 2005.

4. Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003.

5. Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004.



Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan! šŸ‘šŸ»šŸ¤™šŸ»šŸ’š

#MaraMenujuCita
#MembangunBersamaIslam
#BeristiqamahHinggaKemenangan

FB: Muhtar Suhaili As-Sarawaki.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=644029962599002&id=100009760117468

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo