NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr. Mahathir serang Pas lagi

0
bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Pas kini telah menjadi kaya raya hasil wang yang diterima daripada UMNO.


Dr. Mahathir serang Pas lagi


JERLUN 5 Mei -  Pengerusi gabungan pembangkang PKR diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menyerang Pas dengan menuduh parti itu menjual agama demi memancing undi umat Islam.

Dalam ceramahnya di Padang Sera hari ini, walaupun terbatuk-batuk sehingga enam kali, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Pas kini telah menjadi kaya raya hasil wang yang diterima daripada UMNO.


"Dengar cerita Mohamad Sabu kita akan gelak, dulu Pas miskin, dia (Mohamad Sabu) cerita kena panjat pokok sampai bulu dada tak sempat tumbuh, dulu kata UMNO kafir tapi mana dapat duit, UMNO bagi.

"Nak jadi Islam tak payah ucap kalimah syahadah, kata sahaja duit, bila dapat duit semua jadi," katanya dalam ceramah gabungan pakatan pembangkang PKR di Padang Sera malam ini.

Bagaimanapun, dalam kerancakan bekas Perdana Menteri itu mengutuk Pas, hujan mula turun pada pukul 11.34 malam dan orang ramai terutama warga emas mula beransur pulang.

Selain mengutuk Pas, tiada isu baharu yang disentuh dalam ceramah tersebut oleh Dr. Mahathir selain semuanya berkisar tentang kebencian kepada Najib.

Malah tiada langsung agenda tentang soal pembangunan negara disebut oleh Dr. Mahathir jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-serang-pas-lagi-1.666480#ixzz5EeA6pvov
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo