NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr M umum 10 kementerian penting, menteri menyusul esok

0
Kami tidak mahu Kabinet yang besar, tetapi ada kementerian yang seharusnya segera diisi

Dr M umum 10 kementerian penting, menteri menyusul esok


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 kementerian penting untuk Kabinetnya dan menterinya dijangka didedahkan esok.

Ia adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia, Sains dan teknologi serta Kementerian Luar.



Dr Mahathir berkata, Pakatan Harapan (PH) mahu membentuk Kabinet kecil, tetapi penting dan sesuai dengan keadaan semasa.

“Kami tidak mahu Kabinet yang besar, tetapi ada kementerian yang seharusnya segera diisi,” katanya pada sidang media hari ini.

Pengerusi PH itu berkata, beliau akan mengambil pendirian neutral dan pendekatan mesra dengan semua negara tanpa mengira pendirian serta prinsip mereka.

“Kami mahukan hubungan yang baik dengan semua negara dan tidak memihak kepada mana-mana negara. Sudah tentu kami mahu memastikan produk Malaysia didagangkan.

“Malaysia merupakan negara yang melakukan perdagangan, kami mahu ia dipasarkan tidak kira ia negara komunis atau tidak,” katanya.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/11/dr-m-umum-10-kementerian-penting-menteri-menyusul-esok/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo