NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dari Kampung Kongo Ke Parlimen




Dr Rosni Adam merupakan anak tempatan Bandar Tun Razak. Beliau merupakan seorang Doktor Gigi dan mempunyai klinik sendiri di Bandar Sri Permaisuri sejak tahun 2002.

Ini secara tidak langsung membuktikan beliau sudah lama mencurahkan khidmat bakti selama 16 tahun kepada masyarakat Bandar Tun Razak.

Beliau merupakan AJK PAS Pusat yang sangat aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Beliau juga merupakan seorang ibu yang hebat. Ini terbukti apabila anak-anak beliau sekarang ada yang melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian, dan agama di peringkat universiti.

Sudah tiba masanya, beliau menaburkan bakti sebagai wakil rakyat di Parlimen untuk kampung halamannya sendiri dengan membawa sinar Islam di Bandar Tun Razak.

Biodata Dr. Hjh Rosni Adam

NAMA
Dr. Hjh Rosni binti Adam

TARIKH LAHIR
22 Ogos 1970

TEMPAT MENETAP
Kampung Kongo, Kuala Lumpur (1970-1978)
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur (1978-2005)
Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur (2005-kini)

PENDIDIKAN
Sekolah Rendah Puteri Pandan 2, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, Universiti Malaya
Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam, Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (DarusSyifa')

KERJAYA
Doktor Pergigian (mempunyai klinik sendiri di Bandar Sri Permaisuri sejak tahun 2002)

POLITIK
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan)
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bandar Tun Razak

NGO
Penasihat Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia
Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Wilayah Persekutuan
Ahli Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (DarusSyifa')

PENGLIBATAN LAIN
Peserta Misi Kemanusiaan ke Syria anjuran PAS Relief
Terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di seluruh Negara
Penceramah Motivasi
Jurulatih Kursus/Bengkel Kepimpinan

#DrRosniAdam
#ProfesionalIstiqamah
#MalaysiaSejahtera
#WanitaSejahtera #surihati
#BTRDihatiku #BTRSejahtera
#UndilahPAS #PRU14 #GE14
#UP #YaAllahMenangkanPAS
#MalaysiaMemilih
#MyUndi #KuasaRakyat
#MuslimatMemacuKemenangan
#CreateABetterMalaysia
#PASforAll #PAS4All

Like & share :
Facebook : https://m.facebook.com/drrosniadam
Instagram : https://www.instagram.com/drrosniadam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo