NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Dan PKR Perkuda Mahathir Untuk Raih Pengundi Melayu

0


KUALA LUMPUR – Pencalonan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14 dilihat sebagai strategi pembangkang pimpinan DAP yang terdesak untuk memancing undi Melayu.

Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan itu juga menunjukkan penasihat DAP Lim Kit Siang bukan sahaja telah berjaya mempergunakan Dr Mahathir untuk kepentingan politik beliau tetapi telah juga menjadikan bekas pemimpin itu sebagai alat bagi memecahbelahkan orang Melayu.


"Di dalam umur Tun Mahathir yang telah menjangkau usia 93 tahun dan dengan keadaan kesihatan beliau yang membimbangkan, ini merupakan satu bentuk kezaliman ke atas seorang yang telah berusia serta tidak berupaya untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi kepada beliau.

"Kami  kesal di atas kesanggupan Tun Mahathir untuk dipergunakan oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrizat turut membangkitkan persoalan sama ada tindakan Dr Mahathir itu semata-mata untuk memastikan anak beliau Datuk Seri Mukhriz dicatur menjadi Perdana Menteri tanpa mempedulikan negara dan rakyat.

Sebelum ini, calon  BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, membidas DAP dan PKR kerana 'memperkudakan' Dr Mahathir untuk meraih sokongan pengundi Melayu di pulau itu.

Beliau yang melahirkan simpati kepada pencabarnya itu juga menyifatkan Dr Mahathir dipergunakan  kedua-dua parti berkenaan sebagai alat mencapai cita-cita politik mereka selepas gagal mendapat sokongan pengundi Melayu sebelum ini.

Pada PRU14, Parlimen Langkawi bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nawawi dan Dr Mahathir yang bertanding sebagai calon PKR dan calon PAS, Zubir Ahmad.

Pada PRU13 yang lalu, Nawawi menang selesa di kawasan itu dengan majoriti 11,861 undi menewaskan Ahmad Abdullah (PKR) dan Marina Hussein (Bebas). - Bernama

Sumber:

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/shahrizat-kesal-tun-m-sanggup-dipergunakan-oleh-dap-1.829346

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo