Catatan Perjalanan PRU ke-14


Jika tidak silap ingatan saya, saya mula kenal pilihanraya ini pada tahun 1974 lagi, ketika itu saya dalam darjah 3. Saya masih ingat lagi lagu yang dinyanyikan termasuk kami yang masih kanak-kanak pusing basikal keliling kampong dengan membawa bendera PSRM dan menyanyikan lagi, "Pok amai amai, belalang kupu kupu, keluar ramai-ramai, pakoh tanduk lembu"

PSRM menjadi popular di Terengganu termasuk di kampong saya disebabkan berlaku kelompangan dipihak pembangkang, PAS, ketika itu berada dalam Barisan Nasional. Sekarang PSRM telah berpecah kepada dua parti yang berlainan menjadi Parti Rakyat Malaysia (PRM dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang turut bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Survey 1Media

Dua parti berhaluan kiri, PSM dan PRM dilihat tidak menjadi pilihan pembaca 1Media dengan mendapat beberapa undi sahaja. PRM dapat 6 undi dan PSM dapat 7 undi sahaja dari 1251 undi. dengan hanya 18 (1 %) sahaja yang tidak pasti.

Dua parti baru yang turut bergabung dalam PH bersama PKR dan DAP, iaitu PPBM dan PAN mendapat 20 undi (1%) dan 26 undi (1 %) juga. PKR dan BN dilihat bersaing rapat dengan 67 undi (5 %) dan 68 undi (5 %)

Jika dibanding dengan parti DAP yang mendapat 18 undi (1%), kalau undi PRM/PRM digabongkan, gabongan kedua parti tersebut boleh dapat 1% seperti DAP juga.

Jika dapatan yang diperolehi ini menggambarkan keadaan yang berlaku diluar sana, PAS yang mendapat 1100 undi (87 %) adalah diluar dugaan sama sekali. Ini memberikan gambaran kepada PAS yang membentuk Gagasan Sejahtera.

Dengan kerjasama beberapa parti politik, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyyah SeMalaysia (Berjasa) serta Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berasaskan kaum Cina dan Parti Generasi Baru (NewGen) yang berasaskan kaum India, PAS menjadi pilihan rakyat untuk menjadi kerajaan alternatif kepada rakyat dengan janji membentuk sebuah kerajan baru - Malaysia Sejahtera berasaskan kerajaan teknokrat perlu diberikan perhatian oleh pengkaji-pengkaji politik.

PRU14: Turun Padang melihat sendiri

Untuk mengelak tidak terpengaruh dengan dapat survey media online ini, penulis dengan beberapa orang rakan menjelajah ke semua negeri di Malaysia bagi melihat sendiri dapatan kajian yang tak pernah berlaku dalam beberapa pilihanraya umum sebelum ini.

Saya tidak merasa hairan dan terkejut, jika sambutan yang luar biasa kepada PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Malah kalau di Perlis dan Pahang pun, jika sambutan kepada PAS hebat pun saya masih dapat menerimanya.

Tetapi mengejutkan juga, jika sambutan terhadap PAS memberangsangkan di Sabah. Beberapa tempat yang saya lawati, Semporna, Kunak, Kalabakan, Tawau disebelah Pantai Timur Sabah muda memberikan sambutan kepada PAS. Malah disebelah Pantai Barat, Tanjung Aru dan Putatan, sambutan dan perang poster antara PAS, BN dan warisan amat sengit. Malah ada yang beritahu saya, jangan terkejut jika PAS menang kerusi di Sabah pada kali ini.

Hujung minggu ini Sabtu dan Ahad saya ke Sarawak pula untuk meninjau beberapa parlimen yang ditandingi oleh PAS. Seorang pimpinan PAS Sarawak memberi tahu saya, Sarawak juga akan menyumbangkan kerusi kepada PAS dalam usaha untuk membentuk kerajaan baru Malaysia Sejahtera.

Biasanya saya akan balik lebih awal beberapa hari untuk mengundi di kampong halaman di Terengganu. Jika ada permintaan untuk berceramah atau memberikan pandangan di kedai kopi, biasanya saya akan layan.

Jika tidak ada, biasanya saya akan bersembang dengan bapa, seorang aktivis PAS peringkat bawahan. Saya tak pasti sejak bila dia menjadi ketua cawangan PAS di sebuah kampong asalnya, Kampong Baru Serada dalam Dun Alor Limbat. 

Tetapi menjelang pilihanraya ke-14 ini, dia tak sempat lagi mengundi kerana telah dipanggil penciptaNya selepas sakit terbaring selama lebih 7 bulan, selepas terjatuh dalam rumah pada masa saya bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 1hb Oktiober tahun 2017 selasai program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Kuala Nerus.

Walaupun kami semua tinggal di kampong keluarga sebelah emak di Manir, tetapi ayah tetap tidak pindah pusat pengundian ke tempat yang kami tinggal kerana dia hendak undi Tok Guru di Parlimen. 

Terengganu kembali kepada PAS?

Dalam masa saya turun padang meninjau perjalanan pilihanraya di semua negeri, satu soalan yang tak lekang ditanya kepada saya, bolehkah PAS ambil balik Terengganu? Ini soalan yang bertubi-tubi ditanya. 

Saya tidak berani untuk memberikan jawapan yang pasti. Tetapi dari apa yang saya lihat, PAS hampir pasti membentuk kerajaan baru berasaskan teknokrat di Terengganu selepas PRU ke-14 ini. 

Jika tidak ada kenyakinan ini, tidak mungkin Presiden PAS melepaskan kerusi Dun Rhu Rendang yang disandangnya selema lebih 30 tahun (sejak 1982 hingga 2018) kepada Setiausaha Politik, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk ditandingi pada PRU ke-14 ini.

Malah anak beliau, Ustaz Khalil Abdul Hadi yang juga Ketua Pemuda PAS disebut-sebut menggantikan beliau bertanding kerusi tersebut diletakkan bertanding di DUN Batu Burok yang dikosongkan oleh mantan ADUN batu Burok yang juga pernah menjadi Setiausaha Politik beliau sebelum Dr Ahmad Samsuri.

Rakyat mula yakin PAS tidak ketandusan teknokrat untuk memimpin dan mentadibir kerajaan negeri Terengganu ke arah yang lebih baik. Kehadiran Dr Ahmad Samsuri, seorang pakar Aeroangkasa bukan sahaja mengejutkan dan membuka mata banyak pihak di Terengganu. 

Setelah meneliti kemampuan akademik dan pengalaman serta sokongan kepada calon yang bertanding ke tiga-tiga pihak di Terengganu. Saya yakin pertatungan sebenar adalah kepada PAS/Gagasan Sejahtera dan UMNO/BN sahaja. 

Calon dari Parti-parti PH yang menggunakan simbol PKR pada kali ini perlu ditolak awal-awal lagi oleh rakyat kerana ianya bersifat pengacau sahaja dalam usaha rakyat Terengganu untuk membuat perubahan dalam PRU ke-14 kali ini.

Selamat Mengundi, Jom sama-sama mengundi pada 9hb Mei untuk perubahan bagi membentuk kerajaan Terengganu - Maju. Berkat dan Sejahtera.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget