Catatan Perjalanan (IIA) PRU ke-14: Pilih Dr Samsuri keputusan tepat




Tulisan ini adalah sambungan kepada Catatan Perjalanan PRU ke-14 saya sebelum ini dengan tajuk "PAS Akhirnya Berjaya tawan Terengganu" 

 
Selepas ke Sabah, saya balik ke Terengganu untuk meninjau suasana penamaan calon sebelum berkunjung ke Kelantan dan Sarawak sebelum balik ke Terengganu dua hari sebelum mengundi untuk melihat sendiri suasana di Terengganu. 


Untuk rekod, Kerajaan Negeri Terengganu berjaya ditubuhkan oleh PAS sebaik sahaja selesai pilihanraya umum pada tahun 1859 dan dipimpin oleh Abdul Daud Samad sebagai Menteri Besar tetapi sempat bertahun selama 2 tahun lebih setelah Berjaya ditumbangkan oleh UMNO dalam satu usul undi tidak percaya di DUN Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan memenangi 22 kerusi DUN, PAS sekali lagi berjaya membentuk kerajaan Negeri Terengganu bagi kali yang ke-3 setelah kerajaan Terengganu dipimpin oleh Dato Seri Tusn Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu (1999-2004) tidak dapat dipertahankan oleh PAS pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004.


Selepas 15 tahun, PAS akhirnya Berjaya memerintah semula Terengganu bagi kali ketiga berbanding dengan 38 tahun sebelum ini selepas tewas pada tahun 1961. Bagi saya, pencapaian PAS kali ini lebih bermakna pada tahun 1999 kerana pada kali ini PAS menang diatas kekuatan yang bertanding secara bersendirian berbanding dengan tahun 1999 dahulu. 

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berpendapat, pemilihan Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon di kerusi Pas Dun Rhu Rendang pada PRU14 bagi menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pemilihan sesuai dan tepat. 

Malah beliau juga yakin pemilihan telah dilakukan secara berhati-hati dan mengambil kira semua perkara termasuk pengalaman calon sendiri yang merupakan Setiausaha Politik Presiden Pas.

"Saya fikir dia (Samsuri) adalah calon yang paling sesuai bagi menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tentunya, Hadi telah melakukan pemilihan dengan berhati-hati dan sesuai.

"Sebagai Setiausaha politik, beliau (Samsuri) tahu pemikiran dan cara bekerja (Abdul Hadi) dan sebagainya. Oleh itu, beliau (Abdul Hadi) akan pastikan (Samsuri) menang kerana kawasan itu merupakan kubu kuat Pas dan juga Hadi.

"Tentunya meletakkan setiausaha politiknya adalah satu pilihan yang tidak boleh dipertikaikan," katanya ketika dihubungi sebuah media tempatan.

Beliau juga berpendapat, Samsuri yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi kerana merupakan pakar penerbangan yang juga bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mempunyai keperibadian baik itu, dilihat mampu pertahankan kerusi itu.

"Saya yakin beliau boleh pertahankan kerusi di Dun Rhu Rendang dan mampu memberi cabaran besar kepada BN untuk merampas kerusi itu. Samsuri merupakan calon yang sukar ditandingi oleh BN," katanya.

Apabila ditanya kenapa tidak meletakkan anaknya, Mohd Khalil Abdul Hadi di kerusi Dun Rhu Rendang sebaliknya di Dun Batu Burok, beliau berkata tentunya Abdul Hadi atau PAS mempunyai alasannya sendiri. 

"Dia (Abdul Hadi) melihat orang kanannya lebih sesuai. Samsuri sendiri juga sudah masak dan mengenali kawasan itu dan sudah dikenali penduduk. 

"Sebagai setiausaha politik juga, beliau yang menjaga pergerakan dan program politik Abdul Hadi. Saya percaya pemilihan begitu strategik dibuat oleh Pas," katanya.

Apabila ditanya, kemungkinan Samsuri bakal menjadi calon Menteri Besar sekiranya Pas berjaya menawan Terengganu. "Tidak mustahil, jika Pas mampu menawan Terengganu, Samsuri mungkin menjadi calon Menteri Besar," katanya. 

Terbukti pandangan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) berkaitan pemilihan Dr Samsuri oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi itu bukan sahaja mampu menang di Rhu Rendang yang telah dipertahankannya beliau selama 36 tahun tetapi kesannya merebak keseeluruh Terengganu untuk membolehkan PAS menang dan menawarkan sebuah kerajaan teknokrat bagi membentuk kerajaan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget