NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon PAS tuduh Amanah dalang dakwaan gagal bayar tunggakan nafkah

0
sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasinya

Calon PAS tuduh Amanah dalang dakwaan gagal bayar tunggakan nafkah


KOTA BHARU: Calon PAS Parlimen Ketereh Wan Ismail Wan Jusoh menuduh Amanah mendalangi dakwaan dia gagal membayar tunggakan nafkah kepada 2 orang anaknya sejak 2011, selepas media melaporkan Mahkamah Syariah Kota Bharu mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

“Saya jangka ada pemain di belakang kes ini. Sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada pemimpin Amanah,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.


Wan Ismail berkata dia tidak menerima waran tangkap yang dilaporkan itu. “Peguam saya juga tidak tahu dan tidak menerima sebarang notis,” katanya.

Mahkamah Syariah Kota Bharu dilapor mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Ismail kerana didakwa gagal melunaskan tunggakan nafkah berjumlah RM78,000 bagi dua anaknya, kini berusia 13 dan 12 tahun. Bekas isteri, Siti Aishah Chou Abdullah membuat tuntutan saman pada 4 Januari lepas meminta Wan Ismail menjelaskan tunggakan dari Julai 2011 hingga Disember 2017. Menurut Wan Ismail, mahkamah pada 2011 memerintahkan beliau membayar RM500 sebulan bagi setiap anak.

Wan Ismail berkata dia memasukkan RM3,000 ke akaun Tabung Haji sebagai nafkah untuk 2 anaknya pada 15 Julai 2015. Selepas membuka 2 akaun bank pada 5 Januari lalu, Wan Ismail berkata dia memasukkan sejumlah RM36,061.08 dan RM36,057.96 untuk 2 anaknya.

“Jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank terbabit adalah RM78,119.04,” katanya.

Wan Ismail sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan reputasinya.

Sumber:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/07/calon-pas-tuduh-amanah-dalang-dakwaan-gagal-bayar-tunggakan-nafkah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo