NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bubar JKKKP langkah tepat


Sebenarnya penubuhan JKKKP itu sendiri adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Kewujudannya bertindan dengan peranan jawatankuasa yang serupa yang wujud di bawah kerajaan negeri. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 2000 pernah menyifatkan JKKKP ini sebagai 'pertubuhan haram' kerana ia melanggar Perlembagaan yang menetapkan perkara berkaitan pihak berkuasa tempatan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Oleh: Dr. Fathi Yusof

Tidakan kerajaan Persekutuan membubarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) adalah satu langkah yang sangat tepat.

Sebenarnya penubuhan JKKKP itu sendiri adalah bercanggah dengan Perlembagaan. 

Kewujudannya bertindan dengan peranan jawatankuasa yang serupa yang wujud di bawah kerajaan negeri.

Sebenarnya pada zaman BN, kerajaan Persekutuan telah menubuhkan JKKKP di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh parti-parti selain BN seperti di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Di Kelantan ia diwujudkan pada tahun 1991, setahun selepas BN kalah teruk dalam PRU 1990. Di Terengganu pula ia diperkenalkan pada tahun 2000 selepas BN kalah pada PRU 1999. Langkah serupa dibuat di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 2000 pernah menyifatkan JKKKP ini sebagai 'pertubuhan haram' kerana ia melanggar Perlembagaan yang menetapkan perkara berkaitan pihak berkuasa tempatan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

JKKKP ini dilihat sebagai bermotifkan politik dan seolah-olah menjadi tapak bagi UMNO di peringkat akar umbi untuk bergerak. Elaun mereka dibayar melalui duit pembayar cukai tanpa keperluan yang selayaknya. 

Alhamdulillah kini ia telah tiada.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo