NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah Ramalan Invoke HARAPAN menang tipis dan PAS kalah teruk?

0
PAS meragui kajian ini dengan berkata bahawa ia mempunyai kajian tersendiri yang dilakukan secara terus di lapangan dan mendapati hasil yang berbeza

Benarkah Ramalan Invoke HARAPAN menang tipis dan PAS kalah teruk?


Tinjauan Invoke Malaysia meramalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang dengan majoriti mudah berdasarkan hasil pemodelan kecenderungan pengundi terbaru dan hasil kajian untuk Semenanjung Malaysia. Kumpulan itu juga meramalkan PAS tidak akan menang satu kerusi pun - negeri dan parlimen - di seluruh Semenanjung Malaysia.

Walaubagaimanapun Pusat Penyelidikan PAS yang diketuai oleh Dr Zuhdi Marsuki meragui kajian ini dengan berkata bahawa PAS mempunyai kajian tersendiri yang dilakukan secara terus di lapangan dan kajian mereka mendapati hasil yang berbeza.

"Kajian yang dilakukan oleh petugas kami hasil interaksi mereka dengan masyarakat mendapati rata-ratanya menerima PAS dengan baik.", kata beliau.

Baca tentang Kajian PAS: http://www.1media.my/2018/05/pas-yakin-tsunami-hijau-telah-muncul.html

Apabila ditanya apa yang menjadi tarikan istimewa PAS kepada para pengundi, didapati mereka sangat berminat dengan konsep Kerajaan Teknokrat yang dibawa oleh PAS.


Baca tentang Kerajaan Teknokrat: https://www.1media.my/2018/05/pas-menawarkan-solusi-kerajaan.html

Ternyata konsep Kerajaan Teknokrat merupakan satu pendekatan baru yang diambil oleh PAS bagi memimpin perubahan sejajar dengan slogan Malaysia Sejahtera yang dipelopori oleh Gagasan Sejahtera.

"Pakatan Harapan sebenarnya tiada wawasan menyelamatkan negara. Mereka sebaliknya cuba melindungi hal ini dengan mencipta berbagai propaganda terhadap PAS", komen Alang Ibn Shukrimun, salah seorang aktivis PAS.

Baca tentang Propaganda Pakatan Harapan Terhadap PAS: https://www.1media.my/2018/05/membongkar-propaganda-pakatan-harapan.html


Baca...
Renung...
dan
Sebarkan demi masa depan negara kita!

Pautan asal:
http://www.1media.my/2018/05/benarkah-ramalan-invoke-harapan-menang.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo