Awas ‘pelarian’ Umno ke PH, kata veteran PKR

kemungkinan besar mereka akan menyertai PPBM kerana parti itu dekat dengan ideologi Umno

Awas ‘pelarian’ Umno ke PH, kata veteran PKR

PETALING JAYA: Salah seorang pemimpin pelopor PKR memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) tentang menerima wakil rakyat Umno, mengatakan penghijrahan besar-besaran pemimpinnya boleh berlaku di tengah-tengah spekulasi pendaftaran parti Melayu itu bakal dibatalkan.

Dr Syed Husin Ali, yang menjadi timbalan presiden selepas penggabungan Parti Rakyat Malaysia pimpinannya dengan Parti Keadilan Nasional yang melahirkan PKR, berkata dia khuatir dengan laporan beberapa wakil rakyat Umno diterima masuk dengan “mudah”.

“Saya difahamkan di Johor, seorang wakil rakyat Umno yang mahu menyertai PH berada dalam senarai pemerhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada FMT.


Syed Husin yang merupakan sebahagian Biro Politik PKR berkata PH harus “berhati-hati” menapis mereka yang mahu menyertai PH, mengatakan ia mungkin taktik kelangsungan hidup oleh ahli politik Umno di tengah-tengah khabar angin pendaftaran parti mereka akan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Bulan lepas, 16 ahli Umno membuat cabaran terhadap kesahan parti mereka, mengatakan parti itu gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.

Syed Husin berkata jika pendaftaran Umno dibatalkan, ia akan mendorong ahli parti dan wakil rakyat mereka mencari tempat berlindung dalam PH.

“Jika ini berlaku, kemungkinan besar mereka akan menyertai PPBM kerana parti itu dekat dengan ideologi Umno. Tetapi PH haruslah hanya menerima mereka yang bersih. Kita tidak mahu mereka yang korup menyertai PH,” katanya.

Syed Husin juga mengingatkan peranan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang, dan gabungan itu tidak boleh dilemahkan melalui pembelotan.

“Kita mahu pembangkang yang kuat untuk memastikan semak dan imbang. Jika kita terlalu melemahkan pembangkang, kita akan menuju pemerintahan diktator. Saya tidak mahu PH terlampau dominan.”

Syed Husin khuatir ada “satu parti dalam PH” yang akan cuba menguatkan parti dengan wakil-wakil rakyat daripada BN.

Pandangannya seperti yang disuarakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang menggesa PH menolak wakil rakyat BN dari menyertai gabungan itu, mengatakan reformasi harus mengecualikan mereka yang menyokong bekas rejim.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/14/awas-pelarian-umno-ke-ph-kata-veteran-pkr/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget