NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awas Jangan Tertipu Dengan Kajian Pengundi Online

1
Ramai yang berdegar-degar di Internet terlalu yakin dengan apa yang dilihat secara online. Hakikatnya “pool of votes” dari pengundi yang “connected through online” tidak mewakili kesemua pengundi Malaysia. 


STRATEGI PRU14: PAS TIDAK KALUT MAHUPUN BERKHAYAL


Perjalanan PRU14 kali ini sangat menarik kerana pertandingan 3 segi ini penuh dengan kepelbagaian strategi. Banyak benda yang bobrok pada PRU yang lalu kini tiada terutamanya skandal seks yang menjadi salah satu strategi yang popular kini dilihat sukar mempengaruhi pola pemikiran masyarakat Malaysia.

Namun kita tidak boleh menolak adanya strategi kotor dalam PRU14 ini namun saya lebih suka berbicara dan melihat strategi realistik yang digunapakai untuk memenangi pertandingan setiap 5 tahun ini.




STATISTIK DAN CULAAN


Ramai yang melihat ini sebagai satu hujah sedangkan ia hanya satu tool. Pakatan Harapan khususnya melalui invoke dan IDE menggunakan statistik untuk meyakinkan pengundi dengan teori-teori mereka. Hakikatnya ketiga-tiga parti yang bertanding mempunyai sistem culaan masing-masing. Bezanya 2 buah parti iaitu BN dan PAS menggunakan tools ini untuk mengatur strategi serta merahsiakan maklumat tetapi PH menggunakannya untuk marketing. Kerana itu anda kurang melihat BN dan PAS mengeluarkan statistik mereka kerana itu tindakan yang betul.

Dalam tempoh singkat ini, anda akan bertemu statistik yang terpampang di dada Facebook dan memulakan analisis. Ini kerana mentaliti kebanyakan orang, carta yang bernombor ini lebih tepat dari sekadar pandangan sukarela beribu netizen dan penulis politik jadian yang tumbuh bagai cendawan. Kita juga dapat melihat lebih ramai penglibatan individu yang mahir dalam culaan ini yang turut menyumbang kerja masing-masing. Malangnya ramai tidak tahu statistik tidak membawa apa-apa makna tanpa dilihat metodologi dan perlaksanaannya. Ketepatan sesuatu statistik melihat kepada pelbagai sudut. Yang pasti ia bukan 100%. Namun pengaturcaraan sesebuah culaan itu membolehkan data yang diperolehi itu mempunyai peratusan yang ketepatan yang lebih tinggi. Saya tinggalkan perkara ini untuk anda tanyakan kepada ramai yang mahir diluar sana.

Culaan PAS harus dilihat mempunyai kredibiliti. Ini kerana tenagakerja PAS dilapangan adalah sangat besar dari beratus cawangan seluruh Malaysia. Mereka ini melaporkan hasil culaan harian kepada pusat sejak kempen bermula. Kerana itu ada yang terperanjat apabila terbocor culaan PAS yang menunjukkan keputusan yang berbeza daripada yang dikeluarkan oleh IDE. Statistik itu sebenarnya berubah setiap hari. Dari perubahan semasa, PAS merancang dan mengeluarkan arahan yang khusus apakah strategi untuk hari seterusnya. Bagi kaedah yang konsisten menampakkan kenaikan, PAS akan mengekalkan pendekatan tersebut. Apa pun, ini tidak menyatakan bahawa culaan IDE adalah silap. You can trust whoever u wanna trust.

Harus diingat bahawa setiap tempat berbeza demografiknya. Pendekatan yang perlu dimainkan disetiap tempat adalah berbeza. Disini pengalaman digunakan untuk memandaatkan hasil culaan semasa bagi memperoleh keputusan yang semakin baik setiap hari. Tambahan pula PAS sebagai parti miskin tidak mampu melaksanakan segala jenis pendekatan seperti BN yang mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi. Mereka harus mencari pendekatan yang cost effective dengan result yang terbaik.

Jadi apakah yang anda rasa bila menjual statistik yang anda perolehi minggu lalu dengan angka yang tak berubah dan terus menjaja dengan full confident? Apakah fungsi statistik yang anda jaja untuk memperkuatkan pencapaian parti? Jawapannya anda hanyalah jurujual MLM sukarela yang taksub kepada syarikat. Segala ubat yang anda jual mampu mengubat segala jenis sakit didalam negara dan masyarakat. Anda duplikasi segala bahan dan terus menjual dan mendakwa.

Anda boleh menganggap saya bias dengan hanya bercerita kebaikan PAS. Saya lebih yakin dengan keilmuan dan kefahaman saya ada didalam Marketing dan NLP. Orang boleh mempersoal tetapi saya mempunyai milestone menjadi peserta terbaik dalam Empretec United Nation Business Challenge dan memegang rekod peserta Malaysia terbaik in both sales and profit buat masa ini. Im proud of it. You can confirm this story with NAWEM. Anyway, you are free to disagree.

PENGUNDI ONLINE DAN OFFLINE


Ramai yang berdegar-degar dinternet terlalu yakin dengan apa yang dilihat secara online. Hakikatnya “pool of votes” dari pengundi yang “connected through online” tidak mewakili kesemua pengundi Malaysia. Apabila seorang Menteri BN berkata, kedatangan ribuan orang keceramah PH tidak menjamin kemenangan, ramai lebih suka bersarcastic daripada berfikir.

Orang yang berfikir akan nampak ada realitinya kata-kata beliau. Ramai yang suka mengambil kesimpulan apabila BN menang, ia adalah disebabkan adanya undi hantu. Saya tidak mahu komen tentang penipuan ini kerana tidak mahu didakwa dibawah Akta Anti Berita Tidak Benar. Ia mungkin berlaku atau mungkin tidak tetapi kita tiada kepastian. Saya suka melihat dari sudut lain kebenaran kata-kata Menteri tersebut.

Adalah kurang bijak untuk berfikir bahawa BN ini bodoh dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Anda tu pandai sangat ke? Dikala BN berdiam diri, anda seronok mengatakan BN sudah kecut. BN suka anda meraikan kemenangan didepan mata supaya tidak nampak kekalahan yang disembunyikan dibalik tabir. Saban tahun BN sentiasa menang, malangnya masih ramai yang tidak nampak talian hayat BN sebenarnya adalahnya pengundi offline. BN sudah menerima hakikat mereka tidak boleh mendapat sokongan orang bandar.

PAS sedar keadaan ini dan apabila bersendirian, inilah peluangnya untuk PAS memanfaatkan kelebihan yang ada. PAS sebenarnya ada didalam hati pengundi-pengundi Melayu luar bandar khususnya dari kalangan pengundi UMNO. Ramai akan berkata ini adalah retorik. Kalau benar PAS mampu menggondol undi orang Melayu, mengapa tidak dari dahulu? Disini anda perlu melihat sejarah.

TRAGEDI YANG MENGUNTUNGKAN PAS


Sejarahnya menunjuk PAS keluar dari politik surau dan masjid dan mula mendapat tempat dihati orang terpelajar termasuklah golongan Profesional dengan banyak dibawah kepimpinan TGHH. Ia ditambah lagi apabila berlakunya gabungan sewaktu Reformasi. Satu-satunya sebab mengapa Melayu sukar memberi undi kepada PAS adalah dengan kehadiran DAP dan kepimpinan non muslim yang terang-terangan menjalankan agenda anti Islam. BN pada waktu yang sama hanya perlu konsisten mempastikan pola pemikiran pengundi Melayu terus berfikir bahawa DAP adalah anti Islam. Dengan itu, segala rakan-rakan politik DAP akan terpalit persepsi yang sama.

Kita dapat melihat sokongan terhadap PAS berkurangan pada PRU 12 dan 13 secara konsisten. Ini berikutan pertambahan kerusi DAP didalam PR pada waktu itu bukan sahaja menjadikan sentimen “DAP anti Islam” mempengaruhi Melayu UMNO tetapi juga Melayu PAS. Sentimen ini menjadi kenyataan apabila DAP secara terang-terangan menolak hudud, menyokong pesta arak dan menghina ulama. PRU13 mempamerkan DAP menang bergaya dengan 38 kerusi menjadikannya pemegang saham terbesar didalam Pakatan Rakyat. PAS pula mencorot ke 21 kerusi kerana protes dari ahli sendiri berikutan hilangnya taring dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengawal DAP.

Apa yang berlaku pada 2015 sebenarnya dilihat ramai sebagai kejadian yang bakal menguburkan PAS. Ini kerana PAS bakal hilang majoriti sokongan pengundi cina. Sokongan Melayu didalam PAS bakal beralih kepada PH dengan wujudnya PAN. Namun apa yang berlaku pada 2015 sebenarnya adalah perancangan Allah untuk mengeluarkan PAS dari kekusutan dan meletakkannya didalam satu posisi yang sukar dijangka.

Sebenarnya PAS yakin BN amat risau apabila PAS berpecah dari gabungan koalisi ini. Anda sendiri dapat melihat BN seperti tiada isu pada waktu ini. Disaat perpecahan pembangkang berlaku, reaksi ahli parlimen BN agak berbeza kerana mereka sepatutnya gembira tetapi berakhirnya perlimen tempoh hari, wajah mereka penuh kemurungan. Ini kerana mereka kini telah mempunyai REAL THREAT iaitu PAS. PAS kini yang tiada lagi pemimpin pro DAP, ditambah pula dengan barisan calon professional yang hebat, disertakan dengan dokumen yang realistik melalui manifesto, dokumen hijau dan WINS2051 menggambarkan “safe deposit” BN mungkin pecah.

PH ADALAH AGEN PERCUMA BARISAN NASIONAL


Kesemua 3 parti ini memperoleh serangan 2 hala. PH diserang BN dan PAS. BN diserang PAS dan PH. PAS juga diserang BN dan PH. Bagaimana serangan itu berlaku, hanya mereka yang mahir dapat memahaminya. PAS diserang PH secara terbuka dan BN secara tertutup. Apabila PAS diserang PH sebagai tongkat UMNO, BN  beroleh faedah jika pengundi PAS beralih kepada PH.

Tidakkah kemasukan pengundi kepada PH ini menguntungkan mereka? Disini anda perlu memahami sistem persempadanan dan pecahan undi. Kepadatan pengundi dikawasan bandar sangat besar manakala kepadatan luar bandar pula adalah kecil. Tiada guna anda memperolehi 250k undi tapi hanya memenangi 1 kerusi sedangkan diluar bandar 250k mampu memberi 3 kerusi. 10000 undi PAS yang lari ke PH tidak memberikan impak yang besar tetapi 10000 pertambahan dan kehilangan undi PAS adalah ancaman yang sangat besar.

Keputusan pilihanraya yang telah lalu menunjukkan jumlah undi kepada pakatan pembangkang hampir kepada 50% namun kerusi parlimen yang diperolehinya hanya sekitar 80 kerusi sahaja . Sedangkan BN yang memperolehi undi keseluruhan hanya terlebih sedikit daripada 50% mampu beroleh lebih dari 100 kerusi.

Wujudnya PAS bersendirian pada kali ini bukanlah sebagai pemecah undi tetapi sebagai rival sebenar UMNO dan secara tidak langsung kepada Barisan Nasional. Berdasarkan culaan, undi PAS dan UMNO dibanyak kawasan adalah 50-50 dengan perbezaan tidak banyak. PAS yakin UMNO juga mempunyai maklumat yang sama kerana mereka juga mempunyai sistem culaan yang baik berdasarkan kewangan yang kukuh untuk membiayai proses culaan yang lebih tepat. Kempen PH dijangka memecah undi dan membolehkan PAS kalah dengan majoriti yang sedikit. Sungguhpun PH menjaja PAS pemecah undi, mereka tidak pernah dapat menjawab apakah tujuan mereka bertanding di Kelantan dan Terengganu kalau bukan atas sebab memecah undi.

Kerana itu, BN tidak perlu berpenat lelah kali ini kerana apa yang sedang berlaku sudah cukup menguntungkan mereka.

ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN


Anda dapat melihat PAS tidak begitu menekankan kempen online. PAS sebenarnya fokus kepada kempen offline kerana disitulah “pool of votes” sebenarnya bagi PAS untuk membuat kejutan didalam PRU14 ini. Yang ada di online pun lebih kepada bersifat defensive. Walaubagaimanapun, PAS menerima hakikat akan ada kehilangan sokongan hasil dari serangan PH yang bertali arus. Namun PAS positif ada penambahan yang lebih banyak daripada undi Melayu pada kali ini.

Namun pada culaan terkini, dengan 2 hari lagi berbaki, keputusannya agak memberansangkan. Rafizi dan Invoke boleh dibuang ke Sungai selepas PRU14. Merdeka center dan IDE pula biarlah rakat yang menentukan. Telahan Professor Hoo Kee Ping tentang Tsunami hijau memang benar berlaku. PAS sudah pasti menjadi Kingmaker dengan culaan terkini dan apa yang tersimpan rahsia biarlah ia rahsia sehingga malam 9 Mei 2018. Kejutan dan sejarah mungkin akan berlaku.

Kepada semua penyokong PAS, kekalkan keyakinan dan berdoalah semoga mereka yang masih keliru terbuka hatinya menyokong PAS. Sehebat-hebat perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah. Statistik yang ada pada kami hanyalah alat, tetapi keputusan adalah kehendak darinya. Istiqomah menuju kemenangan.


Kiriman:
#LebaiPRO
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo