NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angkat Sumpah MB Selangor Hari Raya Keempat?



Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka akan diadakan dalam tempoh seminggu selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut sumber, paling cepat istiadat tersebut mungkin akan diadakan ialah pada Hari Raya Aidilfitri keempat.

"Semua ini bergantung kepada keputusan tuanku Sultan Selangor. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin perlu mengemukakan beberapa calon pengganti.

"Selepas pihak Istana Selangor berpuasa hati, barulah keputusan siapa bakal pengganti akan diputuskan. Buat masa ini Azmin masih melakukan tugas sebagai Menteri Besar Selangor," katanya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin antara calon yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baharu.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga berturut-turut selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) -Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo