Kedah: Ahli Dan Cawangan PAS Paling Ramai


ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kegagalan Pas untuk memerintah Kedah sebelum ini adalah disebabkan strategi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi berkata, pihaknya mendapati strategi digunakan Dr Mahathir telah menghalang kemenangan Pas di negeri jelapang padi itu selama ini.


Menurut beliau, Pas bukanlah lemah seperti didakwa, sebaliknya Dr Mahathir mengunakan strategi tertentu hingga menyebabkan Pas tidak menang.

"Sebab apa kita tidak menang.Ia sebenarnya disebabkan strategi Dr Mahathir yang membuat kawasan sehingga menghalang kemenangan Pas di Kedah.

"Bagaimanapun, dengan perubahan yang berlaku hari ini. Insya-ALLAH, kita yakin Pas boleh menang sebab sekarang ada perubahan terutamanya dalam kalangan pengundi muda," katanya dalam sidang media selepas Ceramah PRU14 di Medan Ilmu Sungai Baru Gunung, semalam.

Kata beliau, pihaknya yakin mampu mencapai kemenangan memandangkan ada lebih kurang 30 peratus pengundi muda dalam lawatan dilakukan di seluruh negeri.

"Malah, kita ada jentera Pas mencukupi dengan menghadapi PRU14 pada 9 Mei nanti. Kita memiliki kekuatan dari segi cawangan-cawangan dimiliki," katanya.

Tambahnya, beliau yakin Pas mampu merampas Kedah memandangkan parti Islam itu mula bertapak di Kedah sejak awal ditubuhkan lagi, iaitu lebih awal dari Terengganu dan Kelantan.

"Untuk makluman, Pas Kedah sebenarnya paling kuat di Malaysia. Pas Kedah lebih kuat dari Kelantan dan Terengganu kerana memiliki cawangan paling banyak dan ahli paling ramai," katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pas-kalah-sebab-strategi-tun-m-1.829625
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget