NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkawi: 67 Peratus Pengundi Tolak Dr M

0

LANGKAWI-- Kira-kira 67 peratus pengundi berdaftar di Langkawi tidak mahu Tun Dr Mahathir menjadi wakil rakyat di sana, demikian didedahkan oleh kajian Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharn, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, jumlah itu diperolehi dari kajian lapangan yang dibuat dalam tempoh 4 hari lepad melibatkan 2,000 responden di pulau berkenaan.

"Kami bertanya responden jika mereka menyokong Dr Mahathir atau tidak, itu sahaja. Sebahagiannya secara terbuka berkata 'tidak' dan mereka adalah kumpulan majoriti", beliau memberitahu pemberita di sini.

Kajian itu diadakan untuk menilai tahap sokongan terhadap bekas PM yang bertanding sebagai calon pembangkang bagi kerusi Langkawi untuk PRU14.

"Saya mahu tegaskan bahawa Langkawi bukan kawasan kuat untuk Dr Mahathir Mohamed. Tidak mustahil akan menyaksikan Dr Mahathir dikalahkan dan tersungkur akibat tindakannya sendiri", katanya.

-- BERNAMA

Baca seterusnya:
http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/736159-67-per-cent-of-langkawi-voters-reject-mahathir-samm.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo