May 2018
#1MDB #BAJET2018 #H355 #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 1MEDIA 1MediaTV 3penjuru A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Afghanistan AG AGAMA AIR AKTA 164 Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amerika ANALISA Anwar Ibrahim Arak ARTIKEL Azwan-Azmin Bahasa BAITUL MAQDIS Bajet 2019 Bandar Tun Razak Banjir Bayan Linnas bencana BERITA BERITA UMUM BERNAMA Bersatu BIASISWA Big Data BN BOMBA BR1M Brazil BRIM Bukit Kukus Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan CAP Cars Cikgu Azizan CIMB City COMANGO Cuaca Cuba Cuepacs Cukai DAP Dato' Iskandar A. Samad Datuk Ahmad Faris Abdul Halim DBP Dewan Rakyat Dhia Hani Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM ECRL Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI ENGLISH Entertainment Fashion FELCRA Felda FGV Fikri Allaudin FOMCA Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery GAMIS gaza GERAKAN Getah Global GMMF Gombak GPMS GPS Grab Graphic Design GST hadi awang Hari Raya Herman Samsudeen HFMD HIDS Hijau.FM Himpunan Kebangkitan Ummah HINDRAF HSR ICERD ICR IG iGuru Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 IKATAN IKSIM IMAMS INDONESIA INFO insiden IPTA IRC IRI Islam ISMA Israel ISU JAKIM Jamal Khashoggi jenayah Johor KAHWIN Kalam Perantau kanada karya Kedah Kelantan kembara Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP Khazanah KIRIMAN kiriman pembaca komentar konflik Kongres Rakyat konspirasi Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) Korban KPM KSN KWSP LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH LGBT Liberalisme LIPATAN SEJARAH LPT3 LRT 3 LTTE LUAR NEGARA M. Kamal Affandi MACMA MACSA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Majlis Dakwah Negara Malaysia Sejahtera Manifesto Mapim MAPPIM MASJID MCA Melaka MEMALI MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 MIC Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS MPK MRT MRT2 Musa Awang Music MyAqsa MyBRAIN15 MyDeposit MyPPP N9 Nahas Lion Air nasional Nature Nazman Che Iberahim NGO NGO Pendidik Nigeria Nik Abduh NUTP Octoberfest Oktoberfest OSA P.PINANG PAC Pahang PAKATAN HARAPAN Pakistan PALESTIN PAN Pantau Malaysia Baru PAPISMA Parlimen PAS PBB PBS PCM Pelancongan PENA PENCEN PENGGUNA People Perak PERKASA PERKESO PERLIS PERSONALITI Pertanian PGSM PH PHM Phone Piala Malaysia pilihan PKR PNB POLITIK PPBM PPIM PPMM PPSMI Print Design PRK Balakong PRK Port Dickson PRK Seri Setia PRK Sg Kandis PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz PRU14 PRU15 PSM PTPTN Pulau Pinang Putra Radiohead Rajaluddin Ahmad Ramadhan RASUAH resepi RMK-11 RMK11 RON97 Roslan SMS ROYALTI Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak Sebatan Syariah SeIPTI SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Server Sg Kandis Short Shuhaimi Al-Maniri SKMM SOSMA Sports SPR sprm SST Suaram SUBKY LATIF sukan Surat Pembaca Surat Terbuka Swaziland Syed Ahmad Fadhli Syria Tahfiz Tahukah anda Tan Sri Jins Shamsudin Tanah Runtuh TATiUC Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TEKSI Teras TERENGGANU Test TGNA TH tips Title tmp Tol Transgender Travel Trump tun m TURKI UbahTV UCP UEC UMMAH UMNO UNDANG-UNDANG Update USNO Video Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Web Design ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud


Bila mendapat perkhabaran Ustaz Ismail Che Dagang (ICD) telah pergi selamanya pada Ahad 20hb Mei, 2018 baru-baru ini saya termanggu dan hilang kata-kata apabila mendapat perkhabaran menyedihkan seorang insan yang baik dan berjasa telah mengadap Ilahi lebih kurang waktu zuhur empat Ramadan ini. 

Saya diberitahu beliau mula tidak sihat sebelum ceramah di Kuala Berang lagi tetapi beliau berkeras untuk pergi juga. Saya sempat ziarah beliau di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada petang Rabu, beberapa hari sebelum beliau meninggal.


Almarhum yang dikenali dengan panggilan ringkas ICD dikalangan teman2 alumni UKM merupakan seorang pendidik dan pendakwah yang tidak asing bukan sahaja di Negeri Terengganu bahkan di seluruh pelusuk negara. 

Saya agak rapat dengan ICD ketika beliau yang menjadi guru menyambung pengajian peringkat ijazah di Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 80’an dan awal 90’an. Saya juga kebetulan menyambung ijazah juga di Pusat Pengajian Kuantitatif (PPK) UKM ketika itu. 

Kami menjadi rapat ketika kerana ketika beliau menjadi Amir Islam Penyelamat Ummah (IPU) dan saya pula entah macam mana diberikan peranan sebagai ‘Penasihat’ Jentera Pilihanraya IPU. 

Bila PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Sekali lagi beliau meminta saya membantu beliau di YPKT dengan mengetuai sebuah anak syarikat yang berasaskan IT milik penuh YPKT. 

Beliau terpaksa melepaskan kerjaya sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan tanpa pencen kerana akur dengan arahan pimpinan parti untuk memikul tanggungjawab membantu Negeri Terengganu yang kekurangan tenaga pakar yang boleh diharapkan dan serasi dengan pimpinan negeri saat itu.

Sebaik sahaja kerajaan PAS tumbang di Terengganu pada 2004, saya berpengalaman mengikutinya ke Johor yang menjadi rutin bulanannya ketika itu untuk berdakwah di sana. Saya dapati sambutan rakan-rakan dan kenalan di Johor terhadap beliau memang amat mengkagumkan dan diluar jangkaan saya.

Kali ini beliau tidak sempat untuk melihat hasil kemenangan yang diraih sekali oleh PAS pada tahun 2018 setelah beliau dan rakan-rakan bertungkus lumus memenangkan PAS dalam pilihanraya umum ke-14.

Beliau pergi ketika kerajaan Terengganu baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri (anak buahnya) semasa di UKM dahulu. Sebenarnya banyak catatan suka duka bersama dengan arwah kalau hendak dicatatkan. Cukuplah sekadar ini sedikit catatan di sini sebagai kenangan berjuang bersama dengan almarhum sejak dari zaman kampus.

Kehilangan Dr Khazani masih terasa


Lebih kurang pada tanggal yang sama setahun lalu, saya juga dikejutkan dengan pemergian mengejut sorang lagi sahabat baik saya, Dr Mohd Khazani Abdullah. Kami sama-sama terlibat mengasas dan membangunkan NGO Perantau Terengganu sebaik sahaja PAS kalah di Terengganu pada tahun 2004 dahulu sebagai sebuah badan perkumpulan anak-anak Terengganu di luar bumi Terengganu.

Dengan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004, kami yang pernah terlibat dengan kerajaan PAS di Terengganu (1999-2004) lebih serius membantu Tuan Guru Presiden membangunkan kembali kekuatan PAS, terutama di Terengganu bagi kembali ke Wisma Darul Iman.

Kenangan bersama Arwah di Sabah. Kami terserempak di Lapangan Terbang Sabah. 

Arwah adalah salah seorang dari 5 orang yang menjadi pemegang amanah kepada Perantau sejak ditubuhkan pada 2004 bersama dengan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu sekarang. Dari awal hinggalah keakhir hayatnya, arwah memegang jawatan Timbalan Presiden Perantau.


Sebelum itu beliau juga menjadi pengasas dan memegang jawatan Timbalan Presiden Ilmuan, sebuah wadah yang menghimpunkan para cendekiawan yang mempunyai fikrah Islam tetapi melepaskan jawatan Timbalan Presiden setelah beberapa sesi kepimpinan Ilmuan selepas ditubuhkan. 

Sumbangan besar arwah bukan sahaja kepada PAS Terengganu malah juga kepada PAS Pusat terutamanya selepas krisis kepimpinan pasca pemilihan pada 2015 dimana di mana idea Tuan Guru Presiden ini diterjemahkan di atas kertas oleh Dr Khazani dan menjadi pemikir utama untuk pengenalan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 

Ini adalah satu usaha besar PAS mendekati pelbagai strata sosial masyarakat dengan merangka WINS 2051(Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051) serta melakar "road map" PAS ke arah kejayaan PRU ke-14. 

Apa yang saya tidak boleh lupakan adalah arwah seorang yang pemurah dan sanggup berkorban wang ringgit bagi melihat apa yang dirancang Berjaya dilakukan, Kereta STAREX beliaulah menjadi ‘kenderaan rasmi’ kami perantau berulangalik ke Terengganu saban bulan menghadapi PRU ke12 dan ke13 dahulu. Malah beliau juga salah seorang yang banyak membiayai ‘dana kewangan’ perantau untuk bergerak

Terlalu banyak kenangan suka duka untuk dicatatkan di sini bersama dengan arwah dan Perantau berjuang untuk mencapai kemenangan bagi menegakkan pemerintahan berasaskan Islam yang dipimpin oleh PAS di Terengganu. Tetapi saying arwah tidak sempat untuk melihat kejayaan yang dirangka dan dirntis sebelum ini bersama dengan PAS Terengganu

Satu yang terkesan dilubuk hati, ketika arwah Dr khazani meninggal, saya bersama Hj Nurkhuzaini Abdul Rahman (sekarang exco Keusahawan Terengganu), kami dalam perjalanan ke Air Kuning Perak untuk satu program Konvensyen IT di Perak dan ketika Ustaz Ismail Dagang meninggal, saya bersama Ustaz Ariffin Deraman (exco Pelancongan dan IT Terengganu) dalam perjalanan ke pejabat Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil mantan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Tidak dapat menahan sebak dengan pemergian arwah.


Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah kepada kedua-dua arwah dan lain pejuang yang telah mendahului kita semua dalam perjuangan ini. 




Coretan khas buat : YAB Tun Dr. Mahatir bin Mohamed
Perdana Menteri Malaysia

Saya dihubungi oleh beberapa orang sahabat yang mahukan penjelasan berkenaan dengan nasib Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan peranannya sebagai penyelaras institusi agama di Malaysia. Sejujurnya, saya tidak mahu memberi sebarang komentar tetapi memikirkan tentang nasib agama, saya gagahkan diri untuk menulis coretan ringkas ini. Maaf, ulasan ini agak panjang, kalau rasa malas anda hanya perlu tekan ke bawah atau delete sahaja paparan ini.

YAB Tun,

Penubuhan JAKIM bukanlah asing bagi Tun. Sudah tentu, YAB sendiri mengetahui akan penstrukturan penubuhannya semenjak dari peringkat awal adalah menepati semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Bersesuaian dengan kedudukan ini, ianya mesti dijaga dan dipertahankan seperti yang termaktub dalam sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:

“37.(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada); dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja”.

Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968, di mana YAB Perdana Menteri diberi bertanggungjawab sebagai Pengerusi, manakala Unit Ugama JPM berfungsi sebagai urus setianya. Pertanggungjawaban ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa eksekutif Persekutuan yang dijelaskan dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

“Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.”

YAB Tun,

Saya mendengar sendiri sidang media YAB Tun selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di mana YAB Tun ada mengulas sepotong ayat Quran daripada surah al-Baqarah, 2:256 yang bermaksud :

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam)”

Sejujrnya, YAB Tun perlu merujuk tafsiran itu dengan mereka yang jauh lebih memahaminya dalam konteks yang sebenar tanpa sebarang prejudis terhadap agama. Apa yang disebut oleh YAB Tun sama sekali tidak tepat dan menyalahi ilmu tafsiran yang sebenar, secara tidak langsung sebenarnya YAB Tun telah menzalimi diri sendiri apabila mentafsirkan ayat Allah mengikut kehendak hawa nafsu sendiri tambahan pula ianya menyalahi kaedah tafsiran itu sendiri.

Saya tidak berniat untuk mengajar YAB Tun, tetapi ayat itu jelas menunjukkan tiada paksaan bagi mereka untuk memeluk Islam seperti mana yang dijelaskan dalam riwayat asbabun nuzul ayat tentang paksaan seorang ayah kepada anaknya untuk memeluk Islam. Bukan seperti mana yang difahami oleh YAB Tun. Bagi sesiapa yang sudah memeluk Islam seperti saya, YAB Tun dan kaum muslimin-muslimat di Malaysia terikat dengan peraturan agama Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui al-Quran, al-Sunnah, Ijma dan Qiyas.

YAB Tun,

Saya tidak mahu panjangkan isu tafsiran tersebut. Saya percaya sekiranya diberikan peluang, saya sudi berjumpa dan memberi kefahaman tentang ayat ini kepada YAB Tun. Cuma, besarlah harapan saya agar YAB Tun tidak menzalimi kewujudan JAKIM itu sendiri dek kerana protes dan kebimbangan mereka yang sudah lama membenci agama Islam.

Untuk pengetahuan YAB Tun, Jakim adalah sebuah institusi yang sangat dihormati di mata dunia Islam berdasarkan lapan teras utama penubuhan Jakim yang sentiasa dilihat sebagai pembawa imej Islam yang sebenar. Sebagai contoh, Bahagian Hab Halal Jakim sentiasa menjadi rujukan utama dunia luar termasuk negara bukan Islam bagi memastikan produk keluaran negara mereka menepati piawaian shariah Islam. Bukan sahaja contoh, malah logo Halal Jakim juga menjadi satu logo yang sangat dihormati dan disegani.

Saya tidak menafikan ada beberapa perkara yang kadangkala menjadi isu dalam kalangan penduduk dan rakyat Malaysia tentang Jakim, tetapi ianya bukanlah alasan untuk meruntuhkan sebuah institusi yang sangat dihormati. Selain Bahagian Hab Halal, Jakim juga memainkan peranan dalam menggubal dan menyeragamkan undang-undang shariah di Malaysia, menyelaras pentadbiran Islam serta menyelaras dan membangunkan pendidikan Islam di Malaysia.

YAB Tun,

Islam adalah agama rahmat selaras dengan firman-Nya, rahmatan lil 'alamin. Memberi gambaran zalim kepada Jakim adalah suatu yang tidak tepat hanya kerana pentadbiran kerajaan lama yang menyalahgunakan kedudukan mereka dalam aspek kewangan dan sebagainya. Apa sahaja yang dilakukan atau dilaksanakan oleh Jakim adalah terjemahan daripada ajaran agama Islam itu sendiri. Islam adalah agama nasihat dan mudah, namun sebagai umat Islam kita dilarang keras daripada ambil mudah dengan urusan agama.

Untuk makluman YAB Tun, tiada yang mampu mendidik hati manusia untuk mengelak daripada melakukan kezaliman, keburukan dan kemungkaran melainkan hati mereka dididik dengan ajaran Islam yang sebenar dan rasa takut kepada Allah. Orang Islam yang mengikuti ajaran agamanya yang sebenar tidak akan menyeleweng, melakukan perbuatan yang salah, korupsi atau khianat dengan amanah yang telah diberikan.

YAB Tun,

Justeru, saya mohon mencadangkan agar :

1⃣ Diwujudkan sebuah pasukan Suruhanjaya Diraja yang mengumpulkan ulama dan umara' bagi mengkaji semula penstrukturan organisasi dan cadangan penambaikan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

2⃣ Jakim diletakkan terus dibawah pemantauan Majlis Raja-Raja, bukan sahaja berperanan untuk menjaga institusi agama tetapi diberikan kuasa untuk memainkan peranannya sebagai sebuah organisasi penyelaras dan bukan di bawah kuasa menteri sepenuhnya.

Saya berdoa agar Allah SWT memuliakan YAB Tun dan mengurniakan nikmat kesihatan yang baik buat YAB Tun agar dapat memimpin Malaysia dengan jiwa yang besar, amanah serta bertaqwa kepada-Nya. Semoga catatan ringkas ini sangat bermanfaat buat YAB Tun dan seluruh kepimpinan Malaysia Baru.


Amir Muttakin bin Haji Ab Ghani
Mantan Pegawai Hal Ehwal Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
30hb Mei 2018 / 14 Ramadhan 1439

 
Kita tidak berada dalam krisis kewangan/keberhutangan serius sehingga perlu menubuhkan dana awam seperti THM. Masalah 1MDB dan syarikat lain yang menekan kewangan kerajaan tidak perlu menjadi beban rakyat menyelesaikannya.

Oleh: Dr Mahyudin Ahmad

1. Saya sebagai rakyat Malaysia cukup teruja melihat perubahan kerajaan yang baharu pasca PRU14 yang lalu. Saya yakin majoriti rakyat juga begitu. Namun keterujaan kita bertukar menjadi sedikit resah apabila Tun Mahathir mengumumkan hutang kerajaan sebanyak RM1 trilion (Walaupun yang patut diambilkira dalam penentuan saiz hutang kerajaan ialah Perkara 1 sahaja, dan Perkara 2 apabila ia sah tidak mampu diservis oleh syarikat yang berhutang itu, maknanya hutang kerajaan bukan RM1 trilion pun).

2. Susulan keresahan ini menyebabkan sebahagian rakyat mahu membantu kerajaan, lalu tular di media sosial berita beberapa orang yang mahu menderma untuk melangsaikan hutang kerajaan.

3. Kalau saya memakai topi rakyat biasa, saya akan mengiktiraf inisiatif kerajaan menubuhkan THM ini. Sudah tentu saya hargai hasrat kerajaan menyediakan saluran dana rasmi untuk rakyat menyumbang dan bersama dengan kerajaan baharu membantu melangsaikan hutangnya.

4. Namun, jika saya memakai topi seorang yang ada sedikit kefahaman dalam hal ekonomi, maka saya rasakan penubuhan THM itu TIDAK PERLU. Sebabnya adalah seperti di bawah:

a. Sekitar 97% dari hutang kerajaan (Perkara 1) adalah dari sumber dalam negara, iaitu dari KWSP, KWAP dll badan berkanun serta bank-bank domestik yang membeli bon kerajaan Malaysia. Bakinya 3% adalah dari sumber luar negara. Hakikatnya, semua pelabur institusi ini hampir pasti tidak akan mengalami situasi kewangan yang merudum teruk sehingga mereka terpaksa menebus kertas bon itu (iaitu meminta kerajaan Malaysia membayar semula hutang mereka secara sekaligus). Jadi, tiada tekanan langsung kepada kerajaan selama ia berhutang dengan badan berkanun ini.

b. Bagi kerajaan, bon itu hutang, tetapi bagi pembeli bon, ia menjadi aset. Kerajaan akan membayar interest pada pemegang bon, maka interest itu menjadi pendapatan kepada pembeli bon tadi. Pendapatan itulah yang akan diagih kepada rakyat (pencarum KWSP, pesara, penyimpan di bank) melalui dividen. Sebagai pelabur, sudah tentu badan berkanun dan bank tadi mahukan 'stream of income' dari kerajaan ini berterusan wujud. Ini kerana disebut bon kerajaan adalah 'risk-free investment' disebabkan kerajaan tidak akan sama sekali bankrap dan gagal membayar interest.

c. Kadar Debt to GDP ratio untuk Perkara 1 hanyalah 50.8% sahaja, masih lagi dalam kadar selamat. Pada 1997 sebelum krisis, kadar ini berada pada 34%. Selepas krisis, ketika kerajaan kembali mengalami bajet defisit, keberhutangan kerajaan hanya dalam jajaran purata 40% sahaja dari 1998-2008. Hanya selepas DS Najib mengambilalih kerajaan, ia meningkat lebih 50% sehingga sekarang (saya anggap beliaulah punca utama masalah hutang kerajaan yg serius).

d. Penubuhan THM memberi petunjuk kurang elok kepada dunia, semakin akan menakutkan pelabur, dan sudah pasti memberi peluru kepada pembangkang (PAS dan BN-sudah banyak gambar tin milo berkeliaran di medsos). Mengikut Tan Sri Ramon Navaratnam, bekas TKSU MOF, it is a bad precedence. Hatta ketika krisis kewangan 1998 dulu kita tidak memerlukan sumbangan dari rakyat (oklah, ketika krisis itu sudah tentu rakyat sendiri tidak berduit), tetapi hakikatnya ia tidak sampai ke tahap 'serendah' itu untuk kerajaan menerima sumbangan rakyat. (Rujuk:

e. Setelah THM diwujudkan, maka kerajaan akan bertanggungjawab pula menguruskan semua hal berkaitan dana berkenaan, keluar-masuk dana, ke mana ia dihabiskan, auditnya, dll hal berkaitan. Semua ini akan menambah tugas baru di MOF dan sudah tentu rakyat yang menderma mahu kerajaan bersikap telus dalam pengurusan dana ini. Ia juga boleh jadi satu lagi ruang untuk disalahguna pembangkang.

5. Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah memuji langkah MOF mendedahkan nilai hutang syarikat korporat (contingent liabilities, yakni Perkara 2) yang sudah tidak lagi mampu diservis oleh syarikat yang berhutang, dan akhirnya kerajaan yang perlu menservisnya. Jumlah ini ialah RM199 billion. Jika ini diambilkira dalam menentukan saiz hutang kerajaan maka jumlah hutang ini menjadi RM885 billion, dan Debt to GDP ratio 65.4% melepasi kadar selamat 55%.

6. Hal di atas inilah yang menjadi isu sekarang. Maknanya kerajaan ada tekanan dalam pengurusan kewangannya, terutamanya apabila mengambilkira RM199 billion hutang syarikat korporat ini (yg sudah sah perlu diservis kerajaan) serta pelbagai potensi bebanan kewangan dari pembatalan HSR, MRT, subsidi RON95, kehilangan cukai GST, dan segala hutang 1MDB yang sangat besar jumlahnya.

7. Soalannya, adakah dana THM ini akan digunakan untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan tekanan kewangan seperti di poin 5 & 6 di atas? Saya tidak tahu. Dan saya rasa tidak wajar, kerana semua syarikat bermasalah menservis hutang di atas, terutamanya 1MDB itu, adalah hasil salahtadbir kerajaan terdahulu, dan kerajaan baharu bertanggungjawab memulihkan mengikut cara tersendiri tanpa menggunakan duit poket rakyat melalui THM.

8. Saya tidak rasa Council of Eminent Persons yang mencadangkan penubuhan THM. Mereka terlalu bijak dan mahir dalam hal kewangan negara untuk sampai pada sekadar cadangan tabung dana awam seperti THM ini dalam menguruskan masalah tekanan kewangan kerajaan.


9. Heboh di media sosial bahawa Korea Selatan juga pernah membuat kutipan dana awam (emas) untuk melangsaikan hutangnya. Harus diingat, dalam menangani krisis 1998 Korea Selatan telah meminjam sebanyak USD21 billion bailout package dari IMF (total pinjaman IMF+negara luar ialah USD58 billion).

10. Kegagalan membayar hutang IMF ini akan menyebabkan pengurusan ekonomi Korea Selatan boleh hilang kedaulatannya apabila ia akan dikawalselia oleh IMF. Seruan mengumpul emas rakyat Korea akhirnya berjaya melunaskan hutang IMF pada tahun 2000 dan Korea Selatan menjadi negara yang dapat pulih segera dari kesan krisis 1998, sama seperti Malaysia walaupun Malaysia tidak berhutang dengan IMF.

11. Indonesia dan Thailand turut berhutang dengan IMF dalam menguruskan negara mereka pasca krisis 1998, namun mereka mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Maknanya hutang dengan agensi/negara/pelabur luar agak berisiko tinggi sekiranya tidak dilangsaikan segara.

12. Sebagai kesimpulan, kita tidak berada dalam krisis kewangan/keberhutangan serius sehingga perlu menubuhkan dana awam seperti THM. Masalah 1MDB dan syarikat lain yang menekan kewangan kerajaan tidak perlu menjadi beban rakyat menyelesaikannya.

13. Jadi, saya secara peribadi TIDAK menyokong penubuhan THM. Namun saya memuji hasrat murni rakyat Malaysia mahu menyumbang kepada kerajaan. Tahniah untuk anda semua!

Nota: Oh ya, kos RM40 juta tayangan bolasepak Piala Dunia tidak berbangkit langsung kerana pulangan dari tayangan itu sudah lebih dari cukup untuk menampung kosnya. Tak perlulah isu ini dijadikan modal picisan memburukkan penubuhan THM. Gambar tin milo juga tak perlu disebarkan.

Wallahu'alam.



Kerajaan buka Tabung Harapan Malaysia untuk kutip derma nak bayar hutang negara kononnya.Dalam masa yang sama nak belanja RM40 juta untuk beli hak penyiaran Piala Dunia untuk ditayangkan langsung secara percuma.Kenapa RM40 juta tak digunakan untuk bayar hutang negara?Ini sebab saya cakap, yang mentadbir kerajaan baru sekarang adalah mereka yang buta ekonomi dan kewangan awam seperti saya terangkan baru-baru ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215848891273210&id=1173231958
oleh: Syahir 


Saya hanya mampu ucapkan tahniah buat semua.

Banyak rakyat Malaysia yang patriotik, cintakan negara ingin membantu kerajaan baru mengurangkan bebanan hutang negara. Ada yang melancarkan website bagi mengutip sumbangan (crowd fund) daripada orang ramai atas tujuan membayar hutang negara.

Ada juga ahli parlimen DAP yang menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk

Walaupun mungkin niat mereka suci dan murni nak membantu kerajaan tetapi ini adalah bukti jelas ketidakfahaman majoriti rakyat Malaysia tentang hutang kerajaan.

Untuk "membantu" kerajaan membayar hutang pertama anda kena tahu dengan siapakah kerajaan berhutang.

Berikut senarai pemilik hutang kerajaan:

KWSP: RM182.3 bilion
KWAP: RM21.9 bilion
Bank Negara: RM8.7 bilion
Institusi Perbankan: RM157.6 bilion
Institusi Kewangan Pembangunan: RM18.4 bilion
Syarikat Insurans: RM30.9 bilion
Pemilik Asing: RM207.5 bilion
Lain-lain: RM59.5 bilion

Jumlah: RM686.8 bilion

Jika anda menyumbang kepada kutipan derma untuk membayar hutang kerajaan, anda sebenarnya membayar diri anda sendiri. Hutang-hutang kerajaan sebenarnya dimiliki anda sendiri melalui KWSP, KWAP, bank-bank, syarikat insurans dan lain-lain.

Dividen, faedah, pencen yang anda dapat sebahagiannya adalah daripada faedah hutang yang diterbitkan oleh kerajaan.

Institusi-institusi kewangan ini melabur di dalam hutang (bon) kerajaan kerana bon kerajaan adalah aset yang paling selamat dengan jaminan pulangan tanpa risiko. Kerajaan tidak pernah dan hampir pasti tidak akan gagal membayar hutangnya.

Tahniah buat yang menyumbang kepada inisiatif mengurangkan hutang kerajaan. Anda sebenarnya membayar diri anda sendiri. Selepas ini jangan marah jika KWSP dan bank-bank terpaksa melabur di dalam aset-aset yang lebih berisiko dan terdedah kepada naik turun pasaran. Kerana anda yang memilih untuk mengurangkan jumlah aset-aset selamat seperti bon kerajaan.

p.s. Hutang kerajaan bukan macam hutang isi rumah. Baca tulisan saya 2 tahun lepas:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210551448120442&id=1173231958&ref=content_filter

Rujukan: Federal Government Debt, Classification by Holder - Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/…/publication/msb/2018/3/xls/3.1.5.xls


Salamiah Mohd
30 Mei 2018 bersamaan 14 Ramadan 1439


1. Muslimat PAS membantah sekerasnya terhadap mana-mana gerakan atau individu yang mendesak kerajaan untuk melupuskan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Kerajaan baru di bawah kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad mesti menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini kerana dalam perlembagaan Perkara 3 (1) telah tertulis Islam adalah Agama Persekutuan;

“Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

3. Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa penubuhan JAKIM yang dinaiktaraf daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) pada awalnya sebagai satu implementasi butiran dalam Perkara 3 (1) sejak dari tahun 1997 hingga kini.

4. JAKIM merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang melaksanaka tiga fungsi utama iaitu;

i. Penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak
ii. Penyelarasan Pentadbiran Islam
iii. Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

5. Justeru kami Muslimat PAS bertanggungjawab untuk menyeru dan mengajak semua pihak terutama Muslim seluruh Malaysia agar mengambil berat tentang gerakan yang tidak wajar ini.

6. Kepada rakan-rakan bukan Islam, anda tidak perlu risau dan khuatir untuk mengamalkan agama masing-masing sebagaimana telah termaktub dalam Perkara 3 (1) di atas dan institusi JAKIM sendiri hanya khusus untuk agama Islam, tidak mengganggu perihal agama lain.

7. Di kesempatan ini, Muslimat PAS sangat berharap agar kerajaan baru Pakatan Harapan dapat memelihara kesucian agama Islam terutama dari sudut pelaksanaannya.

Salamiah Mohd Nor adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Mei 2018 bersamaan 14 Ramadan 1439

Menjadi tanggungjawab pakatan untuk membuat satu penyelesaian tentang kedudukan majoriti umat Islam di negara ini yang perlu diambil kira dalam susunan Kabinet, tidak boleh ambil kira kedudukan kerusi sahaja, kena ambil kira demografi penduduk untuk jaga ketenteraman dan kebaikan seluruhnya

KUALA LUMPUR 28 MEI - Kepemimpinan Islam da­lam kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya berpegang kepada tanggungjawab memastikan kedudukan Islam serta orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dipertahankan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penegasan itu berikutan kerusi dimenangi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu disifatkan beliau tidak seimbang apabila hanya 58 kerusi milik ahli Parlimen beragama Islam berbanding 66 kerusi bukan Islam.

Lebih-lebih lagi, kata Abdul Hadi, parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan tidak mempunyai ideologi yang sama, hanya bermatlamatkan menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Kemenangan itu tidak selaras dengan demografi penduduk Malaysia yang terdiri daripada 60 peratus umat Islam. Kita perlu sedar politik demografi, siapa yang kuasai undi majoriti umat Islam, dia kuasai negara.

"Menjadi tanggungjawab pakatan untuk membuat satu penyelesaian tentang kedudukan majoriti umat Islam di negara ini yang perlu diambil kira dalam susunan Kabinet, tidak boleh ambil kira kedudukan kerusi sahaja, kena ambil kira demografi penduduk untuk jaga ketenteraman dan kebaikan seluruhnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel rancangan 100 Hari Malaysia Baharu yang disi­arkan secara langsung di Astro Awani hari ini.

Dalam pada itu, ditanya me­ngenai mesej beliau kepada ke­pemimpinan PAN yang dulunya dilabel sebagai 'parti nyamuk' oleh Pas, Abdul Hadi mengingatkan mengenai tanggungjawab besar dipikul mereka yang kini menjadi komponen pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

"Sekiranya masih ada sebesar zarah semangat Islam dalam diri mereka, mesti pertahankan kedudukan Islam, tidak rasa ma­lu, segan dalam Pakatan Ha­rapan. Mesti bawa suara Islam dalam kerajaan," jelas beliau.

Kepada DAP pula, Abdul Hadi secara sinis berharap parti itu meneruskan sikap tidak 'cirit-birit' membuat kenyataan mengenai Islam seperti sebelum ini.
"Hak orang Islam, biar Islam cakap. Jaga hak kaum mereka sendiri, Islam tidak ganggu hak mereka," ujarnya.




KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendedahkan laporan penuh misi pencarian pesawat MH370 secara telus dan tidak menyembunyikan fakta daripada umum.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menyerahkan laporan penuh kepada kerajaan selepas tamat tempoh pencarian.

Katanya, laporan penuh itu akan dibentang kepada Kabinet sebelum dikeluarkan kepada umum secara telus, termasuklah sekiranya wujud elemen kontroversi.

"Saya dah beritahu sebelum ini, apa saja laporan membabitkan orang ramai akan didedahkan secara keseluruhan, tidak akan disunting dan tiada yang disembunyikan.

"Kami serius dalam isu ini, namun saya tak boleh jamin 100 peratus pesawat itu boleh ditemui. Saya hanya menteri, bukan pakar penerbangan.

"Apa yang boleh saya jamin ialah laporan penuh akan diterbitkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Sebelum ini, hanya laporan interim dikeluarkan dan laporan penuh tidak pernah diterbitkan sejak MH370 hilang pada 8 Mac 2014," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama pimpinan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) di sini, hari ini.

Rabu lalu, Siew Fook menyatakan persetujuan kerajaan melanjutkan tempoh pencarian pesawat MH370 sehingga esok, atas permintaan Ocean Infinity.

Januari lalu, Ocean Infinity memulakan misi mencari MH370 dan menyasar untuk menemui bangkai pesawat itu dalam tempoh Jun atau Julai tahun ini, berdasarkan terma No Cure, No Fee (tiada penemuan, tiada bayaran).

Mengenai hala tuju misi pencarian pesawat itu selepas esok, Siew Fook berkata, pihaknya akan membuat pengumuman pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu atau Khamis ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan misi pencarian jika ada syarikat lain tampil menawarkan bantuan, beliau berkata, tiada tawaran diterima daripada mana-mana pihak setakat ini




Syarifah Dayana Syed Bakri

BANK Negara Malaysia memaklumkan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bukan lagi ahli Lembaga Pengarahnya berkuatkuasa 14 Mei 2018.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, ia susulan Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuatkuasa tarikh berkenaan.

"Oleh kerana Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuat kuasa 14 Mei 2018, beliau bukan lagi ahli Lembaga Pengarah BNM berkuatkuasa dari tarikh itu," kata kenyataan berkenaan.

BNM berkata, Mohd Irwan Serigar sebelum ini dilantik sebagai seorang ahli Lembaga Pengarahnya selaku pemegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Pada 14 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun 2018.

Mohd Irwan Serigar dilantik secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 7 Mac 2017 hingga 6 Mac 2019.

"Mulai 14 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, pegawai (Mohd Irwan Serigar) ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan," katanya.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakyat.net, Chan Chee Kong berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa anak guamnya telah mengarahkan beliau untuk menarik balik saman itu dan Najib bersetuju untuk menggugurkan tindakan undang-undang dengan syarat yang tidak didedahkan.


"Peguam defendan juga bersetuju dengan permohonan penarikan balik saman ini tanpa kebebasan untuk memfailkan semula," katanya selepas sebutan kes itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Zaidi Ibrahim.

Mohd. Hafarizam berkata, hakim juga membenarkan permohonan untuk menarik balik saman itu dan membatalkan tindakan undang-undang.

Peguam Michelle Ng yang mewakili Tony dan peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Chee Kong telah mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi menetapkan 18 hingga 20 September untuk mendengar saman tersebut. - Bernama




Wartawan NSTP

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir.

Katanya, prestasi buruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir di Kedah, turut menjadi bukti Perdana Menteri berusia 92 tahun itu bukan faktor kejayaan PH.

"Kami membuat tinjauan pendapat pasca pilihan raya. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan sekarang dan data akan mengesahkannya. Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST lebih mengatasi isu lain.

"Selain itu, walaupun Dr Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, tetapi kali ini PAS yang menang besar di Kedah.

"Ini bermakna, untuk kaum Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr Mahathir atau PAS, mereka akan pilih PAS," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Insight, semalam.

PRU-14 mencatat sejarah tersendiri BN tewas kepada PH, sekali gus gagal membentuk kerajaan buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

PH berjaya merampas beberapa negeri daripada BN, iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor yang juga negeri UMNO 'dilahirkan', selain mencipta kejutan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Walaupun berjaya merampas Kedah, namun prestasi PPBM di negeri kelahiran Dr Mahathir itu mengecewakan apabila sekadar menang tiga kerusi Parlimen.

Sebelum ini, beberapa pihak menyifatkan Dr Mahathir sebagai faktor dan kunci kemenangan PH pada PRU-14, berikutan berjaya menyatukan parti pembangkang, khususnya untuk bertanding di bawah satu logo buat pertama kali.

Kejayaan PH merampas kerusi luar bandar serta memenangi undi golongan berusia juga disandarkan kepada faktor Dr Mahathir, berikutan ia gagal dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.


ADA cadangan pihak tertentu terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula dimansuhkan. Pelbagai pandangan dikemukakan termasuk mereka yang mahu mengambil kesempatan menjarakkan Islam dari negara pasca PRU ke-14. Kelompok pejuang kebebasan bersuara, LGBT, liberal, free thinker dan lain-lain cepat melompat atas kesempatan PH menerajui Malaysia dengan menyerang apa juga insititusi berkaitan agama Islam di negara ini.

Alasan mereka yang mendesak pembubaran Jakim kerana ia dilihat mencampuri urusan agama yang sepatutnya diletakkan di bawah raja Melayu dan majlis agama negeri, membazir dana negara dan menghabiskan duit kerajaan serta pelbagai pandangan lainnya. Mereka mendesak secara agresif supaya Jakim dibubarkan selaras dengan pengumuman pembubaran agensi lain kerajaan termasuk SPAD, JKKP, Jasa dan Majlis Professor Negara (MPN). Entah mengapa begitu cemburu dan marah segelintir pihak ini terhadap Jakim tidak pula diketahui walaupun bidang kuasa Jakim tidak mengganggu urusan kehidupan mereka seharian.

Jakim adalah institusi agama Islam dan dianggap oleh umat Islam sebagai agensi penting kerajaan. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 1997, dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jakim begitu signifikan terhadap umat Islam dan negara ini sebagai badan penasihat kepada pihak kerajaan dalam isu-isu agama, penggubal undang-undang Syariah untuk dijadikan model di peringkat negeri dan digunakan sepenuhnya oleh negeri. Selain itu, Jakim juga berperanan sebagai badan penyelaras di antara agensi-agensi agama dan yang paling utama adalah sebuah badan yang melaksanakan pensijilan halal di Malaysia.

Di sinilah menguji kekentalan prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dalam mempertahankan insitusi agama itu. Jakim ditubuhkan di bawah kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan dengan kedudukan sekarang ia menguji beliau sama ada masih bertegas mempertahankan kewujudan Jakim atau tunduk kepada tekanan segelintir pendesak. Rakyat sedang melihat ketegasan kerajaan PH mempertahankan institusi agama Islam sesuai dengan kedudukan agama Islam dalam perlembagaan Malaysia.

Dalam hal ini, tidak wajar bagi Tun Dr Mahathir mempertimbangkan desakan suara liar yang benci terhadap agama Islam dalam apa juga bentuk. Membubarkan Jakim akan merugikan umat Islam untuk jangka pendek dan jangka panjang. Sukar bagi agama Islam dipertahankan di negara ini jika satu dem satu desakan dan tekanan disuarakan bagi mengurangkan kuasa umat Islam. Jika kerajaan tunduk dengan desakan mereka, bererti kemenangan moral pertama terhadap agama Islam dan selepas ini banyak lagi desakan dan tekanan diberikan untuk mengurangkan kuasa agama Islam.

Di sebalik desakan mereka yang agresif menyerang agama Islam, kerajaan pula perlu mendengar desakan umat Islam agar peranan Jakim diperkasakan di negara ini. Selain dikekalkan, bidang kuasa Jakim mesti diperluaskan dan diselaraskan, kakitangannya mesti ditambah, dan skop tugasannya mesti kembangkan bagi memperkasakan peranannya. Jadikan Jakim sebagai agensi utama penghubung antara insititusi agama di negara ini dengan negeri-negeri agar syiar dan syariat Islam terus terpelihara. –

KUALA TERENGGANU – Bas dua alam 'Amphicoach' masih belum diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu dan masih dalam peringkat ujian.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata bas tersebut ada dibengkel Jabatan Kerja Raya (JKR) Chendering.


"pihak pembekal dia testing (mengadakan padu uji) sebanyak dua kali pergi (dalam) muara sungai Terengganu…..tiba-tiiba ada masalah,


"jadi sebelum selesai masalah itu…….kerajaan tidak akan terima bas itu, kita masih berhutang RM300,000 lagi dengan pihak pembekal," jelasnya.


Katanya, pihak pembekal telah dikenakan denda kerana kelewatan itu, menurut hari yang , semala mana kenderaan itu belum di serahkan secara sami kepada kerajaan negeri.


Beliau berkata demikian ketika di temubual di pejabatnya, Tingkat Lima Wisma Darul Iman hari ini Isnin, 29 Mei.


Masalah utama, kata beliau, amphicoach yang diimpot dari negara Malta dengan kos RM 3 juta itu ialah masalah enjinnya.


"bila masuk dalam air….enjinnya jadi panas….jadi macam kereta kita kalua (suhunya) panas, dia 'jem' (rosak) dan tidak boleh bergerak,


"sehingga sekarang pun tidak dapat selesaikan masalah itu," tegasnya.


Oleh itu, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu itu, beliau akan melawat dan melihat sendiri keadaan bas itu dalam masa yang terdekat.


Bas amphicoach tidak rosak, kata bekas MB Terengganu

Beliau turut berkata, disamping mengenalpasti apa masalah dihadapi, beliau akan dipastikan selamat sebelum dibawa turun ke dalam tasik Kenyir.

Pada tahun 2014, bas dua alam itu telah dibeli kerajaan negeri dengan harga RM3 juta dan sebelumnya dijangka tiba pada Mei 2015.


Kelewatan penerimaan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Ahmad Tun Abd Razak kepada pihak media bagi mempastikan ia mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan.

Bas itu dibeli oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ialah untuk digunakan bagi merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.



PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata kerajaan baru bersama beberapa pihak berkepentingan perlu mengkaji semula rangka kerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Bercakap kepada FMT, adik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rangka kerja sedia ada berkembang daripada Krisis Kewangan Asia dan merangkumi syarikat strategik ditubuhkan kerajaan seperti Malaysia Airlines, Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia (TM), serta syarikat baru seperti UEM dan Celcom.

"Reformasi GLC untuk menambah baik kepimpinan, prestasi dan tadbir urus berjaya dengan sangat sedikit yang gagal.

"Saya kenal syarikat-syarikat ini sebelum pembaharuan dan dan menyaksikan penambahbaikan amat besar. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih baik."

Beliau mengulas kritkan terhadap GLC di Malaysia, termasuk gesaan pengkritik Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Dr M Bakri Musa mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan semua GLC.

Nazir berkata, sesetengah syarikat sudah berdikari sepenuhnya dan peranan kerajaan hanya sebagai pemegang saham, jadi mungkin mereka tidak perlu digelar GLC lagi.

Beliau merujuk program transformasi 10 tahun diketuai Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang tamat pada 2015 dan melibatkan syarikat seperti Axiata, CIMB, Sime Darby, UMW serta TM.

"Malangnya, sesetengah GLC seperti Felda dan 1MDB bukan sebahagian daripada program pembaharuan diketuai Khazanah."

Katanya, dalam semula rangka kerja GLC, kerajaan harus mentakrifkan semula Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana mereka memegang amanah rakyat secara langsung.

Beliau berkata, kerajaan juga harus mengkaji status sesebuah syarikat sebagai GLC dari semasa ke semasa.

"Kerajaan harus memutuskan sama ada syarikat seperti Malaysia Airlines dan Tenaga adalah syarikat strategik dan perlu sentiasa menjadi GLC."

Satu lagi isu, katanya, ialah peraturan menguruskan GLC, seperti sama ada ahli politik harus dilarang daripada menganggotai lembaga pengarah GLC.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata GLC semakin teruk dan menyimpang daripada matlamat asal membantu golongan miskin.

Katanya, GLC menjadi terlalu besar dan tidak terselia sehingga mereka tidak dapat dikawal untuk mematuhi dasar disokong kerajaan.


Setiap penerbangan menelan kos "sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM199,125)".

GEORGE TOWN: Seorang peguam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyalahgunakan aset tentera untuk lawatan ke Butterworth baru-baru ini.


Abu Backer Sidek Mohamad Zan berkata, presiden Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu diterbangkan ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di pangkalan Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) di sana, sebelum ke Tasek Gelugor, kampung halamannya yang terletak berdekatan untuk satu majlis lain.


Backer tidak menentang Mat Sabu menghadiri majlis itu, tetapi menyifatkan penggunaan aset tentera untuk tujuan itu sebagai pembaziran dan tidak perlu kerana mendakwa setiap penerbangan menelan kos "sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM199,125)".

Sabtu lalu, Mat Sabu terbang ke Butterworth dengan pesawat TUDM Airbus A400M daripada 22 skuadron pada 5.15 petang.


Beliau ditemani isterinya, Normah Alwi dan pemimpin atasan pasukan tentera untuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan warga TUDM di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.


Beliau kemudiannya menghadiri satu lagi majlis berbuka puasa di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor.


Backer mendakwa TUDM menganjurkan majlis berbuka puasa itu mewajarkan penerbangan berkenaan.


"Ia sekadar satu alasan. Saya rasa ia terlalu mahal. Jika anda mahu terbang ke Pulau Pinang, anda tidak perlu membelanjakan AS$50,000. Anda boleh menaiki pesawat komersial, kelas pertama atau perniagaan.


"Lebih baik jika anda memandu ke sana dengan pengiring tentera. Kita ada hutang RM1 trilion, kenapa kita perlu membebankan negara lagi?" katanya kepada FMT.


Ditanya bagaimana beliau mendapat tahu mengenai kos AS$50,000 itu, katanya, ia diperolehi daripada "pemberi maklumat" dan mereka dalam industri pesawat, yang mengambil kira kos bahan api dan operasi di darat.


Backer membuat laporan di ibu pejabat SPRM Di Putrajaya pagi tadi, menggesa agensi anti-rasuah itu menyiasat kemungkinan penyalahgunaan aset tentera untuk lawatan berkenaan.


Dalam laporannya, beliau berkata, ketua setiausaha Kementerian Pertahanan dan juga ketua pasukan tentera serta TUDM juga perlu disiasat.


Beliau turut menggesa SPRM menyiasat bekas menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya bersalah seperti Mat Sabu kerana membuat lawatan sedemikian ketika memegang jawatan itu.


Beliau mendakwa penerbangan ke Butterworth dengan pesawat tentera mungkin satu bentuk "ampu" oleh jeneral untuk melanjutkan kontrak mereka yang hampir bersara.


"Untuk Mat Sabu pula, saya pasti anda amat teringin menaiki pesawat (tentera). Tetapi, biarlah untuk alasan rasmi, bukan balik kampung."


FMT masih menunggu jawapan Mat Sabu dan Hishammuddin.








KANGAR - Situasi melibatkan sembilan Adun BN yang terpalit isu selepas tidak hadir pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, 24 Mei lepas tidak seteruk digambarkan media.

Adun Santan, Azizan Sulaiman berkata, semua Adun berkenaan sedia sembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menjernihkan keadaan dan menjelaskan kepada baginda tentang sebab-sebab insiden tidak diingini itu berlaku.


"Pihak istana memaklumkan, Tuanku bersetuju menerima sembah menghadap semua Adun terlibat dan kini kami hanya menunggu tarikh menghadap sesuai yang akan ditetapkan baginda.

"Kami semua tiada niat langsung menderhaka malah menjunjung titah Tuanku dan kami berharap perkara ini dapat dijelaskan kepada baginda sekaligus menyelesaikan kemelut ini," katanya.

Katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Padang Besar, pihaknya akan segera memaklumkan kepada umum setelah selesai sembah menghadap Tuanku Raja Perlis kerana rakyat juga perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Azizan juga memaklumkan, semua Adun BN berkenaan berada di Perlis dan menjalankan tugas masing-masing sebagai wakil rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, semua sembilan Adun berkenaan enggan hadir ke majlis pelantikan menteri besar Perlis kerana membantah pelantikan Adun Bintong Datuk Seri Azlan Man memegang jawatan berkenaan.

Pada hari terbabit, Adun berkenaan bersama Pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim berada di Kuala Lumpur dan mengadakan satu sidang akhbar mencadangkan supaya Azlan dipecat dalam parti. - Bernama





DATUK Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sedang melalui satu fasa positif apabila tidak lagi mencampuri urusan berkaitan Islam.

Presiden PAS itu berkata parti itu tidak seperti sebelum ini sering membuat kenyataan termasuk mempertikai isu berkaitan hal ehwal agama Islam, yang menjadi antara punca utama PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.


"Saya respon dengan cara positif apabila pemimpin DAP tidak lagi 'cirit-birit' dalam membuat kenyataan.

"Dulu dia (DAP) membuat kenyataan berkenaan Islam yang mana tak ada hak dengannya untuk menyentuh hal berkaitan orang Islam, saya harap break ini diteruskan," katanya ketika wawancara bertajuk Politik PAS Era Malaysia Baharu bersama Astro Awani, hari ini.



Sebelum ini Majlis Syura PAS memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan pakatan pembangkang dalam PR, selepas tidak sehaluan dengan tindakan tanduk DAP.

Mengulas lanjut, katanya amat penting agar asas Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan diberikan keutamaan.

"Hak berkaitan Islam biar orang Islam yang bercakap, mereka boleh bela hak kaum mereka sendiri dan Islam tak akan ganggu hak mereka.

"Ini perlu dikembalikan kepada asas perlembagaan seperti saya sebut Islam agama Persekutuan perlu dihormati dan pada masa sama, kebebasan (diberikan untuk) mengamalkan agama lain yang tidak mengacau satu sama lain. Ini sangat penting," katanya.

Ditanya mengenai pendirian PAS sama ada sedia menyambut tangan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk bekerjasama, Abdul Hadi mengakui bersedia untuk berbuat demikian sekiranya bertepatan dengan konsep 'taawun' iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan.

"Kita sedia terima semua, sebab itu saya perkenal konsep taawun, kita kerjasama perkara yang baik dan tak bekerjasama perkara yang tak baik. Itu konsep kita amalkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi ketika ditanya berhubung peranan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mungkin menjadi penghubung antara PAS dan PH menegaskan, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Saya tak boleh buat satu andaian mengenai perkara akan datang, namun perkara lalu menjadi pengalaman kepada kita supaya beliau konsisten dalam kerjasama kita dengan pakatan dulu yang mana tak ada konsistensi dalam tidak menyentuh perkara dasar.

"Perkara berkaitan Islam DAP tak boleh sentuh kerana itu hak kita, menjadi masalah apabila PKR yang dipimpin beliau (Anwar) mengambil sikap pragmatik yang hanyut dan tak berpihak kepada pandangan Islam yang kita kemukakan, ini masalah yang kita hadapi," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menyambut baik keterbukaan kerajaan Pusat dalam usaha membina sebuah negara secara bersama, malah mengakui akan ada rundingan antara negeri dan pusat kelak.



SEREMBAN - Wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S.Streram yang gagal mendaftar sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.

Steram melalui peguamnya menamakan penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan; Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.27 Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden pertama hingga ketiga.


Beliau antaranya memohon supaya mahkamah memutuskan Mohamad tidak dipilih atau dilapor pilih sebagai Ahli DUN dan pemilihannya tidak sah dan terbatal. 

Streram juga memohon perisytiharan bahawa ahli DUN responden pertama itu tidak dipilih secara sah dan patut dikembalikan. 

Steram turut memohon perintah satu pilihan raya kecil (PRK) diadakan dengan serta-merta bagi DUN Rantau. 

"Saya mahukan keadilan kerana saya dihalang mendaftar sebagai calon PRU-14 di pusat penamaan pada 28 April lalu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE




SUBKY LATIF 
30 May 2018 

APAKAH sama kerajaan campuran yang PAS-Perikatan yang Tun Razak dan Dato' Asri cuba tahun 1973 dengan kerajaan perpaduan yang PAS cadangkan negeri-negeri yang tidak cukup majoritii dalam PRU14 pada 9 Mei lalu?

Menteri Besar Kelantan, Encik Mohd Asri bin Haji Muda menyampaikan cek kepada Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak di pejabatnya, Kuala Lumpur. 12.2.1965

Semua parti yang ada Adun di negeri-negeri tersebut membentuk kerajaan bersama yang tiada pembangkang.

New Zealand Prime Minister Walter Nash & Malaysian Deputy-Prime Minister Abdul Razak Hussein in Kuala Lumpur, 1960. 


Semua kata cadangan PAS kartun dan satu konsep sempurna mengapa PAS tidak wujudkan itu di negeri yang dikuasainya di Kelantan dan Terengganu.

Pemikir poltik tidak ingat, itulah pemikiran yang ada pada pemimpin PAS dan Perikatan apabila Dato' Asri dan Tun Razak setuju membentuk kerajaan campuran di Kelantan dan Terengganu tanpa pembangkang tahun 1973. Kira-kira ia tidak terbatas di Kelantan dan Terengganu saja, bahkan konsep itu terpakai di seluruh negara sekalipun PAS tiada Adun di setengah negeri.

Cuma keperluan tahun 1973 itu tidak sama dengan tahun 2018. Tahun 1973 itu PAS punya majoriti yang cukup di Kelantan dan Umno cukup majoriti di Terengganu. Keperluan tidak berbangkit tiada pihak dapat membentuk kerajaan. Sekolah dan guru politik belum membuat kajian akademik mengapa Tun Razak dan Dato' Asri mewujudkan sistem itu.

Adapun kerajaan perpaduan yang dikenal dengan UG telah lama disaran oleh TG Haji Hadi, maka itu juga yang menimbulkan persepsi PAS hendak masuk Umno/BN. TG tak pernah menarik balik gagasannya sekalipun ada orang PAS tidak bersama PAS dalam PRU14.

Keperluan kerajajan perpaduan itu timbul semua apabila Perak dan Kedah tidak dapat majoriti mudah untuk membentuk dan Adun PAS boleh menentukan kerajaan. Bagi Kelantan dan Terengganu yang PAS punya majoriti besar perkara itu tidak berbangkit dan keperluannya belum difikirkan masa ini.

Yang terdesak ialah Perak dan Kedah tidak boleh membentuk kerajaan. Kedah boleh bentuk kerajaan yang selesa kiranya PAS setuju bentuk kerajaan campuran dengan Harapan. Bagi membentuk kerajaan campuran dengan BN yang ada tiga saja tidak memberi kelebihan kepada Harapan yang ada 18. PAS dan BN 18 juga. Bila seorang jadi Speaker tinggal 17. Siapa jadi kerajaan akan buntu dengan keadaan demikian.

Di situlah PAS boleh jadi kingmaker jika dibentuk kerajaan perpaduan tanpa pembangkang. Siapa hendak jadi Menteri Besar? Boleh dirundingkan. Sebulan seorang atau enam bulan seorang. Atas nama perpaduan, Umno yang tiga saja boleh ada gilirannya.

Bagi Perak dengan Adun Harapan teramai memerlukan sokongan PAS dan BN juga boleh membentuk kerajaan jika disokong tiga Adun PAS. PAS boleh memilih tetapi unjuran terbaik ialah ketiga-tiga parti membentuk kerajaan perpaduan. Jika ia disetujui dan diperkenan oleh istana, Perak boleh menjadi contoh dan perhatian dengan Islam dan demokrasi. Sultan boleh jadi pengaman cara.

Saranan PAS itu terbaik jika tidak sebarang opotunis dari Umno. Oleh kerana Umno sentiasa ada opotunis, cadangan PAS tidak sempat ditimbangkan oleh pari-parti yang terlibat.

Saranan PAS adalah untuk suasana dan masa tertentu. Pada waktu yang singkat ini tiada keperluan untuk menjalannya di negeri yang dikuasainya, pertama ia belum diperlukan dan kedua untuk berkongsi kuasa dengan Umno dengan belenggunya yang tidak terpikul, membebaskan PAS menanggung dosanya yang banyak. Dengan Umno pula tiada berkuasa kecuali dan Kuantan dan Kangar tidaklah bijak PAS menanggung biawak hidup.

Perak dan Kedah keadaannya dharurat. Belenggu Umno ada, tapi negeri itu mesti diselamatkan. – HARAKAHDAILY 30/5/2018





BESUT 28 Mei - Kerajaan PAS akan meneruskan pembangunan Taman Ilmu di Tembila agar matlamat asal ke arah kewujudan hab pendidikan tinggi di negeri ini menjadi kenyataan kelak.


Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaburan yang begitu besar bagi projek yang dimulakan 14 tahun yang lalu perlu dipastikan memberi pulangan yang setimpal bagi negeri dan rakyat.


Sehubungan itu katanya, ia akan dipulihkan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dengan mengambil kira perkembangan semasa.

"Kita memandang berat segala kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan dan kemudahan yang disediakan, dan ia memerlukan kos penyelenggaraan yang dianggarkan hampir sama dengan pembinaan awal projek itu.


"Saya sendiri sudah melihat kemusnahan beberapa bangunan utama di pusat pendidikan terbabit dan memerlukan perhatian untuk dipulihkan," katanya ketika melawat Taman Ilmu, dekat sini hari ini.

Projek Taman Ilmu dibina atas tapak seluas kira-kira 280 hektar membabitkan peruntukan awal lebih RM300 juta.


Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan negeri juga akan melantik kumpulan pakar termasuk dalam bidang pembinaan dan pendidikan untuk memberi nasihat serta panduan dalam merangka strategi pemulihan projek itu yang terbengkalai sekian lama itu.

"Ini memang menjadi keazaman kita untuk memastikan perkara ini terlaksana dan berjalan. Projek yang ada kebaikan ekonomi kepada rakyat dan negeri kita akan teruskan," ujarnya.

Beliau menegaskan walaupun projek digerakan oleh kerajaan dokongan parti politik berbeza dan berdepan dengan masalah, kerajaan Pas tidak akan mengambil pendirian untuk terus menghentikan.

"Kita akan teruskan dan buat penambahbaikan untuk atasi kelemahan yang ada supaya perkara yang berlaku di Taman Ilmu ini tidak berulang," ujar beliau. - UTUSAN






KUALA LUMPUR 30 Mei - Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 Jun.


Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan terhadap istiadat tersebut.

Istiadat berkenaan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk diadakan Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu," kata Datuk Mohamad Munir.









KOTA BHARU – Sebuah hospital wanita dan kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah pertama di Kelantan akan dibangunkan dengan kos RM100 juta, bermula Januari tahun depan.
Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.




Menurutnya, bangunan hospital berkenaan setinggi lapan tingkat itu mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa' sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Beliau yakin selepas siap, hospital tersebut bukan sahaja muncul selaku mercu tanda baharu tetapi dalam masa membawa imej patuh syariah serta menjadi contoh kepada hospital lain.

"Tenaga perubatan terdiri pakar-pakar wanita khusus rawatan perbidanan dan sakit puan serta jururawat dan kakitangan sokongan wanita berpengalaman akan memberikan keselesaan kepada pesakit dan keluarga.


"Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada golongan wanita dan anak-anak dalam perkhidmatan perubatan lengkap serta moden," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa' yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pengkalan Chepa, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail. SINAR HARIAN 19/4/2018

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget