Undi PAS dapat apa?



Menjawab Keraguan Pengundi.
oleh: Hj Idris Hj Ahmad


Undi PAS dapat apa?

Tanya balik undi Umno dapat apa?

Mungkin mereka jawab dapat BRIM, jalan raya, letrik, air, hospital.

Kena jawab balik ini bukan duit Umno, ini duit kerajaan. Kena beza kerajaan dengan Umno. Umno itu parti bukan kerajaan.

Kalau PAS perintah pun, rakyat akan dapat juga. Wang ini daripada duit kerajaan, bukan duit PAS.

Jangan perasan bantuan yang diberi kepada rakyat itu duit Umno, itu duit rakyat yang dipungut oleh kerajaan melalui cukai, antaranya GST.

Kalau duit umno, bantuan akan dikeluarkan oleh bendahari Umno,

Sebab itu semua bantuan melalui Pejabat Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitul Mal dan lain-lain lagi bukan kena pergi ambil di pejabat Umno.

Kalau PAS memerintah pun, pejabat daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai yang sama juga bertugas. Pegawai tidak dibuang, kerana mereka bukan pegawai Umno, mereka pegawai kerajaan Malaysia.

Gaji mereka bukan dibayar oleh pejabat Umno, tetapi oleh kerajaan Malaysia.

Sama juga kerajaan PAS di Kelantan, segala bantuan dan projek pembangunan datang daripada kerajaan, bukan daripada parti PAS.

Contohnya skim Kifalah di Kelantan sebanyak RM1500 diberi kepada waris yang meninggal, bukan duit PAS tetapi wang kerajaan Kelantan.

Walau pun Kelantan dituduh miskin, tetapi kerajaan Kelantan memperuntukan sebanyak RM8 juta setahun untuk skim kifalah. Inilah kerajaan yang dituduh miskin tetapi hendak pastikan rakyat senang.

JOM SEJAHTERA BERSAMA ISLAM, UNDI PAS DAN GAGASAN SEJAHTERA.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget